Home / Sahabat MBM

Sahabat MBM

image_pdfimage_print

Dalam usaha memupuk, menggalakkan serta merealisasiakn semangat sukarelawan atau ‘spirit of volunteerism’ di kalangan belia Malaysia masa kini, MBM akan menubuhkan ‘Sahabat MBM’ di mana ia berperanan untuk menjadi modus operandi yang berkesan dalam mengumpul, menyusun dan melahirkan sukarelawan yang lebih porduktif dan mempunyai nilai  kesukarelaan yang tinggi dalam diri.

Organisasi ini memberi peluang kepada sukarelawan untuk mendapatkan ilmu kesukarelaan dan jaringan hubungan yang lebih berkesan menerusi program-program yang bakal diadakan sebelum para sukarelawan tersebut masuk menyertai mana-mana program sebagai Sahabat MBM.

Dengan kewujudan organisasi ini, MBM berhasrat dapat bergerak dengan lebih dinamik mampu untuk menyentuh bukan sahaja para belia tetapi seluruh masyarakat di akar umbi dalam usaha MBM untuk dilihat sebagai organisasi penghubung di antara masyarakat dan kerajaan.

MBM berhasrat agar organisasi ini mampu menjadi ‘juara rakyat’ dalam memberikan perkhidmatan yang bercorak pencegahan, serta pembangunan untuk melengkapkan rakyat dengan kebolehan atau kemampuan supaya mereka dapat menikmati serta menyertai rancangan pembangunan sosio-ekonomi yang dilaksanakan, Sahabat MBM mementingkan soal bimbingan, nasihat, panduan dan dan membuka peluang untuk mengorak langkah kepada masyarakat bagi menggunakan berbagai kemudahan dan sumber yang terdapat dalam komuniti dan kerajaan pada masa kini untuk mempertingkatkan kesejahteraan hidup mereka. Perkhidmatan kebajikan masyarakat memerlukan penglibatan dan penyertaan yang aktif daripada semua lapisan masyarakat, kerana perkhidmatan ini tidak lagi boleh dianggap semata-mata tanggungjawab Kerajaan sahaja.

Untuk berdaftar dengan Sahabat Belia, sila isikan borang secara online di sini

Atau lawati page  Sahabat MBM di FB

2 comments

Leave a Reply

Skip to toolbar