MAJLIS BELIA MALAYSIA

Hari Kesihatan Mental Sedunia : Seksyen 309 Kanun Keseksaan wajar disemak semula

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut hari ini di seluruh dunia. Isu kesihatan mental menjadi antara isu penting yang membimbangkan dalam kalangan belia lebih awal semenjak beberapa tahun sebelum Covid-19 melanda dunia. Ia juga boleh diperhatikan melalui dapatan Indeks Belia Malaysia yang menilai kesejahteraan belia setiap tahun […]

Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia Dalam RMK-12

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyambut baik pembentangan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob kerana turut menyelitkan satu pelan khusus untuk belia di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dipanggil Pelan Kebangsaan Pemerkasaan Ekonomi Belia. Selain perancangan menaik taraf Akademi Pembangunan Belia Malaysia (APBM) dan Kompleks Belia dan Sukan, YAB Perdana Menteri turut mencetuskan […]

Genap seminggu Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik

Majlis Belia Malaysia (MBM) mengekori rapat perkembangan pasca termeterainya persefahaman antara Kerajaan dan pembangkang khususnya Pakatan Harapan (PH) yang boleh disifatkan sebagai bersejarah yang membawa kepada perdamaian nasional (national reconciliation). Dalam tempoh pemulihan dan peralihan kepada endemik sekarang, sikap lapang dada anggota legislatif di kedua-dua blok amatlah dihargai. Keutamaan untuk mengerah segala perhatian dan komitmen […]

Kopitiam Belia Wadah Mengeratkan Perpaduan Anak Muda

Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini mengadakan sesi pelancaran satu jenama ‘Kopitiam Belia’ dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara.  Kopitiam Belia merupakan satu pendekatan baharu bagi memupuk semangat perpaduan dalam kalangan belia di Malaysia. Inisiatif murni yang diilhamkan oleh Jawatankuasa Perpaduan, Integrasi Nasional dan Kepenggunaan MBM ini adalah satu wadah untuk anak muda mencurahkan pendapat dan […]

Translate »