MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan MBM

KUALA LUMPUR 1 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan dipengerusikan Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid bertempat di restoran Al amber Jalan Ampang di sini. Presiden dan kepimpinan kanan MBM yang hadir terdahulu berbuka puasa sebelum mesyuarat berlangsung. Mesyuarat membincangkan beberapa agenda mengenai gerak kerja MBM dalam […]

Persidangan Antarabangsa Pemimpin Belia Asean 2025 sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia

PUTRAJAYA 1 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Program/Aktiviti Belia dan Sukan sempena Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 bertempat di Menara KBS di sini. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan. Sebagai tuan rumah, Kementerian Belia dan Sukan melalui Jabatan Belia dan Sukan Negara telah […]

Pimpinan MBM hadir meriahkan Majlis Berbuka Puasa Gerakan Belia 4B Malaysia

KUALA LUMPUR 30 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) turut hadir memeriahkan Majlis Berbuka Puasa Gerakan Belia 4B Malaysia yang berlangsung di perkarangan ibu pejabat GB4B Malaysia, Bukit Persekutuan di sini. Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan barisan kepimpinannya menyantuni tetamu yang hadir dari seluruh negara. MBM dihadiri oleh […]

Perbincangan lanjutan Visi MBM 2048

PUTRAJAYA 27 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini meneruskan lanjutan perbincangan bagi pembentangan Visi MBM 2048 yang kini berada di dalam fasa Memorandum Jemaah Menteri. Perbincangan bersama Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Belia dan Sukan ini tertumpu kepada memperkemaskan kertas cadangan Visi MBM 2048 yang bakal diangkat ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri […]

Translate »