Pelajar sekolah gempa bumi Acheh dapat perhatian belia Malaysia

Pidie Jaya, Acheh, 24 Januari 2017 –  – Majlis Belia Malaysia (MBM) sekali lagi turun ke kawasan gempa di Pidie Jaya, Acheh, Indonesia. Kali ini, Bantuan Bencana Gempa Aceh disertai Alumni MBM bersama rakan belia di sana iaitu Komitee Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) Province Acheh bagi mengagihkan bantuan keperluan persekolahan di beberapa buah sekolah.

MBM diwakili oleh Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Timbalan Presiden MBM yang juga Setiausaha Agung Committee for Asean Youth Cooperation (CAYC) bersama Datuk Hj Munawar Hj Nor, Pen Setiausaha Alumni 4B dan Sdr. Tajudin Ahmad, bekas Setiausaha Agung MBM.




MBM hantar bantuan ke Acheh

23 Disember 2016 – Pidie Jaya, Acheh – Gempa bumi yang berskala 6.5 SR telah menggegarkan bumi Pidie Jaya, Pidie dan Bireuen, Acheh pada 7 Disember 2016 pada jam 5 pagi. Kesan dari gegaran tersebut, banyak bangunan sekolah, masjid serta rumah  runtuh sama sekali dan ianya turut mengorbankan 104 nyawa. Beberapa gegaran kecil susulan telah berlaku.

Prihatin dengan nasib yang menimpa bumi Acheh, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghantar team  Misi Belia Prihatin Gempa bumi Acheh seramai empat orang yang diketuai sendiri oleh Timbalan Presiden MBM, Sdr. Mohd Zaidi Aziz bagi menghulurkan bantuan segera. Team ini juga turut membuat  tinjauan bagi mengenalpasti keperluan yang perlu diutamakan. MBM juga turut mengadakan pertemuan dengan Bupati Pidie Jaya, Bapak Ayub Abbas bagi membincangkan bentuk kerjasama dan bantuan yang boleh diselaraskan antaran MBM dan Pidie Jaya.

Team ini turut disertai oleh Bapak Jamaluddin, Ketua DNP KNPI Acheh serta beberapa orang Exconya sejak hari pertama hingga akhir. MBM ingin merakamkan setinggi ucapan terima kasih di atas sokongan dan bantuan yang diberikan oleh DNP Acheh sepanjang team MBM berada di sana.

https://www.youtube.com/watch?v=5NAjZPgBv-k

https://www.youtube.com/watch?v=xFis9cPETVU




Belia ASEAN pelajari pelbagai bidang ekonomi Thailand

Thailand, 4 – 17 Oktober 2016 – Program pertukaran belia ASEAN dengan tema ‘Philosophy of Sufficiency’ telah berlangsung di Negara Thailand selama hampir 2 minggu. Program ini telah mengumpulkan sebanyak 70 orang wakil belia Negara yang berada di rantau Asia Tenggara. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menghantar delegasi untuk menyertai program ini dengan menghantar 7 orang wakil yang terdiri daripada kalangan belia dan juga kalangan Felo Perdana. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh Abdul Akiff Bin Rahim telah berkampung selama 2 minggu di beberapa daerah di Thailand antaranya Bangkok, Chiang Mai, Sakon Nakhon dan juga Chantaburi. Di setiap daerah yang dikunjungi, delegasi Malaysia telah diperkenalkan dengan pelbagai aktiviti pertanian,aquakultur dan perkilangan yang berkaitan dengan ‘Philosophy of Sufficiency Economy ‘yang diilhamkan oleh Raja Thailand, Raja Bhumibhol Adulyadej. Delegasi Malaysia juga telah berpeluang untuk bertemu dengan petani-petani model dan juga nelayan yang telah berjaya dengan berpaksikan kepada ‘Philosophy of Sufficiency Economy’ ini. Pada hari terakhir, Delegasi Malaysia telah membuat pembentangan tentang manfaat yang diperolehi sepanjang program ini dan juga strategi aplikasi falsafah ‘Sufficiency Economy’ di Negara Malaysia.

ayerepse20161 ayerepse20167 ayerepse20166 ayerepse20165 ayerepse20164 ayerepse20163 ayerepse20162




Siaran Media : Mohd Syahbuddin Hashim Dipilih Tokoh Belia ASEAN 2016

SIARAN MEDIA

MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

MOHD SYAHBUDDIN DIPILIH TOKOH BELIA ASEAN 2016

 

Siem Reap, Kemboja 26 Ogos 2016 – Sdr. Mohd Syahbuddin Bin Hashim, 39, Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia (MBM) yang juga penerima Anugerah Perdana Belia Negara 2016 dianugerahkan Tokoh Belia ASEAN 2016 bersama dengan 9 orang lagi belia yang terpilih bagi menerima anugerah tersebut.

 

Dalam majlis yang sama, Sdr. Nor Azman Bin Yahaya, 33, yang mewakili Gerakan Belia 4B (M) Baling, Kedah (Penerima Anugerah Persatuan Belia Terbaik Hari Belia Negara 2016) pula menerima Anugerah The Accomplished Youth Organizations Awards in ASEAN (TAYO) bagi kategori Persatuan.

Kedua-dua anugerah ini adalah pengiktirafan dari Sekretariat ASEAN kepada kesemua belia sama ada individu atau persatuan bagi menghargai kerja-kerja belia atau kesukarelaan yang telah bersama-sama membantu dari segi pembangunan belia di negara masing-masing dan juga serantau.

 

Anugerah tersebut disampaikan sempena 21st ASEAN Youth Day Meeting (AYDM), ASEAN Youth Award dan The Accomplished Youth Organizations Awards in ASEAN (TAYO) yang berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos 2016 di Siem Reap, Kemboja. Program yang dihoskan oleh Kemboja selaku tuan rumah ini turut menganjurkan 8th ASEAN Senior Official Meeting on Youth (SOMY) yang dihadiri oleh menteri-menteri belia ASEAN bagi membincangkan isu belia serantau, laporan berkaitan aktiviti belia di negara-negara anggota ASEAN serta perbincangan mengenai Pelan Kerja ASEAN mengenai Belia (ASEAN Work Plan on Youth) 2016-2020.

 

Calon-calon yang dipilih adalah mereka yang diiktiraf dan telah memenangi beberapa anugerah di peringkat kebangsaan yang melayakkan mereka mewakili Malaysia bagi menerima penganugerahan TAYO ASEAN Award iaitu anugerah belia tertinggi peringkat ASEAN.

 

Mohd Syahbuddin menganggap pengiktirafan yang diberikan ini adalah milik seluruh belia di Malaysia. “Saya berazam untuk menjadikan anugerah ini sebagai landasan untuk mengeratkan hubungan belia di negara-negara ASEAN”.

 

“Saya juga berharap pengiktirafan ini akan memberi galakan kepada generasi muda Malaysia untuk terlibat dalam pertubuhan dan aktiviti belia. Mereka bukan sahaja harus cemerlang sebagai pemimpin pertubuhan belia di peringkat tempatan, malah perlu bersedia bersaing sehingga ke peringkat antarabangsa”, tambah beliau.

 

Manakala, Nor Azman pula menyifatkan anugerah yang diterima ini sebagai pengiktirafan dan pembakar semangat untuk beliau dan rakan-rakan dalam persatuan untuk berusaha lebih gigih mengangkat memartabatkan persatuan belia.

 

Turut serta dalam delegasi Malaysia ini ialah Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM yang merupakan bekas pemenang Anugerah Tokoh Belia ASEAN 2014, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM dan Sdri. Norzulaiqha binti Zulkifli, Ahli Parlimen Belia Malaysia untuk berkongsi pengalaman di samping memberi sokongan kepada peserta Malaysia.

 

Selain Malaysia, beberapa negara-negara anggota ASEAN lain turut menghantar peserta untuk dinilai oleh barisan juri yang berpengalaman dalam bidang kebeliaan dan kesukarelaan.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia

Mohd Syahbuddin Nor Azman Yahaya FB_IMG_14722622565716458