MAJLIS BELIA MALAYSIA

Azmin punya kuasa mutlak

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor perlu tegas menghalang penganjuran pesta arak, Oktoberfest di pusat beli-belah One Utama, Petaling Jaya demi menjaga kepentingan rakyat terutamanya masyarakat Islam. Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, penganjuran Oktoberfest merupakan isu moral dan kepentingan perniagaan di luar etika yang sepatutnya […]

Perumahan khas belia dirancang

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Kementerian Belia dan Sukan merancang mewujudkan beberapa bandar di kawasan pinggir ibu kota khas bagi golongan belia dalam usaha membantu mereka menghadapi kos sara hidup yang kian meningkat. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, kementerian serius dalam usaha membantu belia menghadapi isu kos sara hidup tinggi dan telah mengemukakan cadangan pembinaan perumahan […]

KJ nafi program KBS hanya sasar belia elit

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menafikan ada program Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hanya menyasarkan belia golongan elit dan  meminggirkan belia golongan bawahan seperti tanggapan segelintir pihak. Beliau sebaliknya berkata program seperti ‘Fit Malaysia’ misalnya mengetengahkan aktiviti yang boleh disertai oleh semua peringkat golongan termasuk belia di luar bandar. “Itu tanggapan […]

Nilai tambah untuk belia

Selain 12 pusat tauliah yang menawarkan pelbagai kursus pertanian, Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan (NATC) juga mengadakan kerjasama dengan pihak lain bagi memberi nilai tambah kepada belia lepasan institusi latihan tahap sijil dan diploma. Sebagai contoh, Unit Perancang Ekonomi (EPU) memperkenalkan Skim Kemahiran dan Kerjaya 1 Malaysia (SKK1M) bagi tujuan pemadanan pekerjaan di industri selama dua […]

Translate »