MAJLIS BELIA MALAYSIA

10,000 belia NEET dapat manfaat program Persijilan Profesional

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) – Sebanyak 10,000 pekerja dalam kalangan belia tercicir dari pekerjaan, pendidikan dan latihan formal (NEET) disasarkan menerima manfaat daripada pelaksanaan program Persijilan Profesional bermula bulan depan. Ketua Projek Belia Mahir Mohammad Rizan Hassan berkata langkah memberi sijil kepada mereka penting memandangkan ramai belia memasuki alam pekerjaan dengan kelayakan akademik rendah […]

Syor gaji minimum berdasar kawasan

KUALA LUMPUR: Pelaksanaan gaji minimum berdasarkan kawasan atau tempat disyorkan persatuan belia dalam usaha menangani masalah yang membelenggu golongan itu. Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata ketika ini isu paling menjejaskan golongan belia adalah ekonomi, pekerjaan selain kadar gaji bagi meneruskan kehidupan harian. Beliau berkata, langkah kerajaan menaikkan had gaji minimum […]

MBM sokong pelaksanaan semula GST tapi…

MAJLIS Belia Malaysia (MBM) menyokong hasrat kerajaan untuk melaksanakan semula sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana ia mampu membantu menampung pemberian subsidi bagi keperluan rakyat. Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed bagaimanapun mencadangkan agar jumlah yang ditetapkan hanya pada kadar 3 peratus berbanding 6 peratus ketika dilaksana pada 2015 sebelum dikembalikan kepada sistem cukai jualan […]

MBM Cadang Kembalikan GST Pada Kadar Tiga Peratus

PETALING JAYA: Majlis Belia Malaysia (MBM) mencadangkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dikembalikan dan ditetapkan pada kadar tiga peratus. Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed berkata, ketetapan GST pada kadar itu merupakan antara inisiatif dalam menambah pendapatan negara bagi menangani kenaikan inflasi dan kos sara hidup rakyat. Menurutnya, GST berupaya mengembangkan pendapatan asas negara […]

Translate »