MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sesi libat urus berkala bersama Pasukan Induk Rasuah Busters

KUALA LUMPUR 3 Julai – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan dan team ‘Belia Rasuah Busters‘ menyertai sesi libat urus berkala bersama Pasukan Induk Rasuah Busters bagi meneruskan kempen kesedaran membasmi rasuah di peringkat akar umbi. Ini merupakan komitmen berterusan MBM bagi menyertai gerakan transformasi moral yang diterajui Dato’ Hussamuddin Yaacub. Perbincangan […]

Sidang Meja Bulat Pra-Konvensyen Belia Nasional (KOBEN)

KUALA LUMPUR 3 Julai – Telah berlangsung secara maya sesi Sidang Meja Bulat Pra-Konvensyen Belia Nasional (KOBEN) yang dahulu dikenali sebagai Konvensyen Majlis Belia Daerah bagi memuktamadkan idea-idea dan cadangan-cadangan yang dikumpulkan melalui Dialog MBD mengikut zon sebanyak 6 siri. Sidang dikendalikan Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) dan […]

Perbincangan Program e-sport untuk Belia OKU

KUALA LUMPUR 2 Julai – Satu sesi perbincangan program e-sport untuk Belia OKU telah diadakan secara dalam talian di antara Syarikat Techninier Sdn Bhd dengan Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Majlis Belia Selangor (MBS). Suatu program khusus e-sport OKU akan dilancarkan melalui kolaborasi bersama kedua-dua pihak. MBM diwakili oleh Sdr. Faiz Shuhaimi, Exco MBM merangkap […]

Wacana sempena Pelancaran Dasar 4IR Negara

KUALA LUMPUR 1 Julai – Telah berlangsung Pelancaran Dasar 4IR Negara menampilkan lima ahli panel termasuk Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM), Sdr. Jufitri Joha yang mengupas topik mengenai ‘4IR: Equitable Wealth Creation Game Changer’. Secara langsung melalui laman Facebook MOSTI dan Unit Perancang Ekonomi. Program ini dianjurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Translate »