MAJLIS BELIA MALAYSIA

 

POSTER-KONVENSYEN-BARUMajlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) akan menganjurkan Konvensyen Pemerkasaan Belia Negara 2014 bertemakan Pengantarabangsaan Belia Malaysia sempena Hari Belia Negara 2014.

Perdana Menteri dijadualkan akan merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Belia Negara 2014 seterusnya melancarkan Hari Belia Negara
Perdana Menteri dijadualkan akan merasmikan Konvensyen Pemerkasaan Belia Negara 2014 seterusnya melancarkan Hari Belia Negara 2014

Konvensyen ini yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB. Dato Sri Mohd Najib Tun  Abdul Razak bertindak sebagai wadah perbincangan dan seterusnya memperluas sudut pandang belia melalui penglibatan di peringkat antarabangsa dan tempatan bagi menjayakan matlamat Negara maju dan merangka Agenda Pembangunan Pasca-2015.

Jika anda mempunyai idea bagi melonjak keyakinan anak muda untuk bersaing setaraf dengan belia luar,

atau

semangat dan keinginan bagi memastikan suara dan tindakan belia di iktiraf di peringkat global,

atau

daya usaha dan kepakaran bagi meningkatkan peranan belia di dalam Negara dan di peringkat antarabangsa,

dan
dapat memenuhi kriteria berikut:

i. Berumur 40 tahun ke bawah.
ii. Bergerak aktif secara individu atau dalam kumpulan, persatuan dan organisasi yang terlibat dalam masyarakat sivil
iii. Bersedia mengikuti konvensyen sepenuh masa.

Sertai kami dalam konvensyen ini dengan mengisi borang di sini

5 Responses

  1. Assalamualaikum..jika saya tiada organisasi boleh hadir dalam program ni??pakaian formal right??
    dan mengenai CRT..saya merupakan pelajar swasta..jadi tarikh ini bertembung dengan kelas kuliah..boleh saya dapatkan surat perlepasan sebelum tarikh tersebut..dan jika saya membawa rakan-rakan tapi tidak berdaftar boleh..terima kasih

    1. mohd Sofian : salam, tidak menjadi masalah untuk hadir cuma isi dari institusi mana di dalam borang. mohon kawan saudara turut mendaftar untuk kemudahan pendaftaran semasa program.

      pihak kami akan mengeluarkan borang perlepasan untuk peserta yang memerlukan sebelum tarikh program menerusi email (setelah mendaftar) dan sebelum itu, mohon pihak saudara/saudari untuk emailkan kepada kami :

      1) butiran diri seperti nama; no mykad; jawatan/jurusan
      2) alamat lengkap majikan bagi institusi/syarikat/organisasi saudara.
      3) no telefon dan no faks majikan

      terima kasih.

    2. Sdr Mohd Sofian, program ini terbuka untuk semua belia bagi meluaskan perspektif pandangan dalam pembangunan belia. Sama ada ada organisasi atau tidak, tidak mengapa. Pakaian sebaiknya formal . Jika perlukan surat sila maklumkan kepada pihak Sekretariat MBM.

      Sebaiknya minta rakan-rakan mendaftar agar kita dapat membuat kiraan awal jumlah kehadiran.

      Sekian.

Leave a Reply

Translate »