MAJLIS BELIA MALAYSIA

Belia semakin terhimpit dengan kos sara hidup

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2015 – Tidak dinafikan bahawa antara punca kos hidup semakin meningkat kerana pesaingan pekerjaan di negara sendiri, antara rakyat Malaysia bersaingan dengan pekerja asing di bumi sendiri. Justeru, syarikat-syarikat besar lebih berminat dengan pekerja asing kerana bayaran yang diberi lebih murah.

Isu ini telah menarik perhatian Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC), Majlis belia Malaysia (MBM) dan International Youth Center (IYC) Kuala Lumpur dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan untuk menganjurkan ASEAN Youth Debate (AYD): Rising Cost of Living dengan penyertaan  seramai 39 orang belia bawah 30 tahun.

Sdr. Mohammad Rizan Hassan, Ketua Penerangan MBM menjadi moderator pada sesi tersebut dan Sdr Khairul Anwar El Syazalli Musa, Pengerusi, Gerakan Pengguna Perak hadir selaku panel program.

Antara yang dibangkitkan adalah mengenai peluang pekerjaan di Malaysia serta ASEAN. Selain itu perbincangan mengenai bebanan kos hidup dibandingkan di antara negara ASEAN. Isu berkenaan hutang belia antaranya hutang PTPTN turut dikupas serta dikongsi oleh peserta mahasiswa yang merasakan bahawa pinjaman tersebut agak membebankan kerana pembayaran balik mestilah bermula 3 bulan selepas tamat pengajian. Mereka merasakan antara punca mereka terbeban dengan pinjaman kerana tangga gaji di Malaysia sangat rendah jika dibandingkan dengan kos bagi menampung kehidupan seharian.

Selain itu ada yang menganggap perlaksanaan GST juga adalah punca kepada kenaikan harga barangan walaupun produk tersebut telah diisytihar sifar GST atau produk tersebut telah dikurangkan nilai cukai. Ketidaktelusan peniaga serta pengeluar produk telah menjadikan barangan pada masa hari ini telah naik mendadak sama sekali. Malah harga produk naik lebih dari 6% tambahan yang dikenakan GST.

Selain itu, peserta turut berkongsi pendapat bahawa setiap belia atau sesiapa sahaja sepatutnya perlu mencari peluang kerana terlalu banyak peluang yang ada di luar sana, namun belia hanya mengharapkan ke semua ini perlu disediakan oleh kerajaan sedangkan perlu ada inisiatif bagi menjana pendapatan tambahan atau mencari pekerjaan dengan bayaran tangga gaji yang lebih lumayan.

Harapan peserta antara yang disuarakan adalah ketelusan kerajaan dalam menguruskan kewangan negara dan kata mereka lagi negara akan maju jika infrastruktur lengkap serta sesuai dengan pembangunan semasa.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »