MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM sasarkan 300 pemimpin belia dalam MIB 300

Genting Highland, 4 Julai 2015 – Skuad MIB 300 merupakan sebuah ilham MBM dalam menyediakan sekurang-kurangnya 300 pemimpin muda menjelang 2018. Ia selari dengan Dasar Belia Malaysia  yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei 2015 lalu di mana had umur belia ditetapkan di antara 15-30 tahun menjelang 2018.

Bagi mencapai sasaran tersebut, MBM melalui Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan yang dipengerusikan oleh Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Penolong Bendahari Kehormat MBM telah merangka untuk melatih Jurulatih Skuad MIB 300 melalui siri-siri latihan TOT (Training of Trainers) MIB 300. Siri pertama  bengkel TOT tersebut telah berjaya diadakan pada 2-4 Julai 2015 bertempat di Genting View Resort, Genting Highland. Seramai 70 orang peserta yang terdiri dari pemimpin-pemimpin belia dari Badan Gabungan MBM telah hadir bagi menjalani latihan tersebut yang dikendalikan oleh tujuh orang jurulatih yang mempunyai kepakaran dengan latar belakang yang berbeza.

Bengkel TOT ini telah dirasmikan oleh Sdr. Mua’ammar Ghadafi Jamal Datuk Wira Jamaluddin, Presiden MBM pada 4 Julai 2015. Dalam ucapan perasmiannya, Presiden MBM menyeru agar peserta bengkel TOT ini dapat memberikan komitmen yang berterusan dalam usaha bersama melahirkan pemimpin-pemimpin belia yang berkaliber.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »