PERKAMPUNGAN WARNA WARNI BELIA MALAYSIA

Segmen Perkampungan  Warna Warni Belia Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan berlangsung di Putrajaya. Program ini telah diadakan buat kali keempat semenjak dimulakan pada tahun 2012.

Perkampungan ini adalah untuk memenuhi trend terkini di mana acara sambutan Festival Belia Putrajaya 2015  perlu di kongsi bersama oleh semua golongan belia. Perkampungan  Warna Warni Belia Malaysia 2015 dirasakan mampu membawa mereka mendekati dan mengenali aktiviti pembangunan belia.

Perkampungan Warna Warni Belia Malaysia sempena Festival Belia Putrajaya 2015 ini akan bermula dari 22 hingga 24 Mei 2015 di Putrajaya yang mana ia akan dimulakan di peringkat negeri seawal bulan Mac 2015.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah, Gendang Rakyat 1Malaysia, Sketsa Pendek, Berbalas Pantun, Dikir Barat, Perkusigatra (Percussion), Dikir Karoot Komedia, Teater, Koloni Anak Seni dan Seni Belia Autism

Warna-Warni