Video: Festival Belia Putrajaya 2015 Tampil Dengan Pengisian Baru

https://www.youtube.com/watch?v=aHU8SEY70Pk

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) sekali lagi akan menganjurkan acara tahunan iaitu sambutan Festival Belia Putrajaya pada 22 hingga 24 Mei ini.Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, serentak dengan festival itu Dasar Belia Malaysia yang baharu akan turut diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Penganjuran kali ini menyaksikan kelainan apabila ianya akan dikendalikan oleh Rakan Muda sesuai dengan kelangsungan dari penjenamaan Rakan Muda Baru yang diumumkan Khairy sebelum ini.Sesuai dengan hala tuju yang baru, tema penganjuran festival pada tahu ini ialah persembahan bakat atau ‘Showcase of Talent” di mana pelaksanaan tema ini memberikan peluang kepada golongan belia untuk meneroka potensi dan memaparkan kebolehan mereka.