MAJLIS BELIA MALAYSIA

Syarahan Perdana Budaya : pemangkin semangat anak muda dalam pembangunan negara bangsa

Cyberjaya, 14 April 2015 – Sebuah program Syarahan Perdana Budaya telah berlangsung di Dewan Tun Canselor, Multimedia University dan dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Program yang dihadiri kira-kira 600 orang tetamu ini bertujuan membincangkan isu-isu berkaitan pembangunan negara bangsa.

Penceramah terdiri daripada tokoh / individu berprofil tinggi, terkemuka, berpengaruh serta mempunyai kepakaran dan kemahiran yang tinggi dalam bidang masing-masing. Program ini merupakan acara tahunan yang dilaksanakan setahun sekali oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)

YB Khairy Jamaluddin turut memberi syarahan selama lebih kurang sejam dan antara isi syarahan adalah berkaitan Perlembagaan Persekutuan, sejarah penubuhan Malaysia dan cabaran semasa. Wakil daripada Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam program ini adalah Exco MBM, Sdr. Sherhan Nizam dan Sdr. Hasanul Amir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »