MAJLIS BELIA MALAYSIA

‘Peremajaan’ jadikan sektor awam lebih baik

SHAH ALAM – Yayasan Pekerja Malaysia (Yapem) menyambut baik saranan Majlis Belia Malaysia (MBM) agar kerajaan melakukan ‘peremajaan’ dalam sektor perkhidmatan awam dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kepercayaan kepada generasi muda melaksanakannya.

Presiden dan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Omar Osman berkata, maksud peremajaan itu adalah ke arah menjadikan sektor awam lebih efisien, kreatif dan berdaya saing serta berinovasi di dalam sistem pentadbiran dan pengurusan sektor awam.

“Isu ini sudah lama dibangkitkan, tetapi ia muncul semula selepas isu pelanjutan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun baru-baru ini, yang mengekang penglibatan generasi muda dalam sektor awam.

“Kita kena bagi peluang kepada generasi muda, bagi orang muda kepercayaan untuk menerajui jawatan-jawatan di sektor awam, tetapi mesti ada mekanisme yang mana ia perlu membawa satu sistem yang baharu dan meninggalkan sistem lama,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Omar berkata,  generasi muda juga perlu diberi ruang serta pendedahan awal daripada kakitangan senior untuk menjadi pelapis baharu di dalam sektor awam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »