Nilai Kasih Sayang Menyatukan Belia

Seri Kembangan 7 Mac: Perpaduan yang dibina seutuhnya atas dasar kasih sayang merupakan landasan kukuh membina negara maju berpendapatan tinggi. Itu antara intipati ucapan Sdra Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden MBM.

Beliau juga turut mengajak seluruh belia dalam kalangan komuniti Tionghua untuk berazam membina dan mengekalkan perpaduan di negara ini.

Majlis Tahun Baru Cina 2015 EMCO (Eight Malaysian Chinese Organisations ) bertempat di Hee Lai Ton Restaurant Seri Kembangan yang dihadiri oleh 500 orang ahli dan aktivis organisasi ini.

Majlis  turut diserikan dengan kehadiran tetamu utama YB Datuk Seri Liow Tiong Lai yang menyerikan lagi majlis ini.

Turut hadir adalah barisan Exco MBM, ahli DT MBM para senior dan juga mantan pimpinan yang memberi sokongan kepada usaha murni ini. 

image

image

image

image