MBM Dalam Perniagaan : visi baharu Mua’amar Ghadafi

Berita Harian ms 2817 Feb 2015

Pertingkat latihan kepemimpinan, kemahiran bantu belia aktif aktiviti sukarela

Wartawan : selepas kira-kira sebulan menerajui MBM, apakah perassan anda di sebalik tanggungjawab yang diamanahkan?

Mua’amar Ghadafi Jamal Jamaludin : Secara ikhlas, memang saya teruja pada peringkat awal kerana tanggujawab ini adalah sebahagian daripada kesinambungan keprmimpinan. Saya akui ia bukan satu tanggungjawab mudah kerana MBM sendiri memayungi sejumlah besar persatuan belia di Malaysia. Begitupun, hasil konsensus badan gabungan dan Exco, saya bersetuju atas semangat kepemimpinan yang baharu dan berikrar untuk membaca MBM melangkah lebih maju ke depan

S:Mengikut rekod sebelum ini tidak dinafikan bukan calang-calang pemimpin yang menerajui MBM hingga berupaya menjadikan ia sebagai badan belia terbesar dan kuat. Adakah pencapaian cemerlang itu sedikit memberi tekanan kepada anda?

J:Apabila kita berpersatuan dan menyertai sebuah pertubuhan, elemen paling penting adalah kerjasama semua. Setiap ahli setiap exco itu perlu mendalami nyala rasa dan inti pati sesebuah persatuan. Kerjasama antara pemimpin dan pengikut itu perlu seiring. Secara peribadi, tekanan itu memang ada, tetapi seperti yang saya katakan tadi, dengan kerjasama semua pihak tidak kira exco dan ahli gabungan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan , pekerjaan, bangsa dan agama akan dapat membantu memperkasakan lagi MBM

S:Apakah misi dan visi yang cuba anda perjuangkan sepanjang menerajui MBM bagi tempoh 2014 hingga 2016?

J:Sebaik mengetuai barisan kepemimpinan baharu MBM, saya sudah menggariskan gerak kerja baharu termasuk melancarkan Majlis Belia Malaysia Dalam Perniagaan ( MBM in Business). Kita juga melancarkan aplikasi mobil memandangkan lebih 80 peratus anak muda hari ini menggunakan telefon pintar. Dengan adanya aplikasi ini,anak muda boleh mendaftar keahlian secara online, selain mendaftar sebagai sukarelawan dalam program MBM

S: Bagaimana menjadikan MBM sebagai sebuah pertubuhan yang benar-benar memperjuangkan golongan belia tanpa dibayangi elemen politik?

J: Memang sejak dahulu, MBM tidak dibayangi politik, perjuangan kita juga bersifat melangkaui politik. Sebagai contoh, MBM dapat membincangkan sesuatu isu secara intelektual dan sensitif yang mungkin disifatkan agak tabu. Setiap perbincangan akan diseimbangkan untuk semua golongan, pada masa sama mempertahankan Perlembagaan negara

S: Boleh dikatakan sejak empat lima tahun kebelakangan ini MBM dilihat agak perlahan dan kurang menonjol. Bagaimana barisan kepimpinan baharu ingin cuba untuk membawa satu aras baharu untuk MBM, seterusnya dilihat lebih agresif mewakili belia?

J: Sebenarnya saya kurang bersetuju dengan pendapat mengatakan yang MBM tidak agresif kerana MBM begitu aktif memperjuangkan isu belia seperti mana isu perumahan. Isu belia berkemahiran juga turut diperjuangkan sebelum ini hingga berjaya melahirkan belia berkemahiran. MBM turut melahirkan ramai sukarelawan termasuk bagi membantu mangsa banjir besar di negeri Pantai Timur Semenanjung. MBM antara pertubuhan pertama yang memberikan khidmat sukarelawan. Dengan 10000 sukarelawan yang ada, kita mempunyai struktur mantap pada peringkat kebangsaan, peringkat negeri, daerah, dan cawangan

S: Bersetuju andai dikatakan yang aktiviti MBM kurang ditonjolkan hingga tidak mendapat publisiti?

J: Itu saya setuju. Mungkin soal publisiti boleh kita perbaiki. Dengan kepimpinan baharu, kita juga bercadang untuk mewujudkan radio yang dikenali sebagai urbanyouthfm. Kita juga bakal melancarkan siaran televisyen internet sendiri pada suku pertama tahun ini. Dengan kemudahan ini ia akan lebih dekat kepada golongan muda selain media arus perdana. Sebagaimana Dasar Belia Negara 2018 yang menetapkan kelompok belia terdiri dari 15 hingga 30 tahun berbanding sekarang ini 15 tahun hingga 40 tahun, kita akan menggerakkan latihan kepemimpinan di seluruh negara untuk melahirkan sekurang-kurangnya 300 pemimpin belia berkaliber yang dapat diketangahkan pada masa depan kepemimpinan belia akan datang mampu mewarisi kepemimpinan MBM, seterusnyaMendokong Dasar Belia Negara pada 2018

S: Apakah pandangan MBM apabila Dasar Belia Negara 2018 meletakkan belia dalam kelompok 15 hingga 30 tahun?

J: Ada beberapa perbincangan sudah dibuat melalui banyak medium. Antaranya perjumpaan bersama Ahli Dewan Tertinggi MBM,  Exco MBM bersama Kementerian Belia dan Sukan. Ada banyak pro dan kontra diperbincangkan dan akhirnya kita bersetuju dengan pelaksanaan Dasar Belia Negara untuk menurunkan had usia belia daripada 15 hingga 40 tahun kepada 15 hingga 30 tahun dengan syarat kita diberi masa melatih barisan kepimpinan baharu. Ini bagi memastikan barisan kepimpinan belia akan datang mampu mewarisi kepimpinan MBM, seterusnya mendokong Dasar Belia Negara pada 2018.

S: Sudah bersediakah belia kita untuk memimpin pertubuhan besar seperti MBM. Selain itu ramaikah belia berpontensi untuk diketengahkan sebagai seorang pemimpin?

J: Pontensi ada pada semua belia. Cumanya bagaimana kita hendak keluarkan potensi itu. Apa yang penting adalah peluang. Peluang itu harus diberikan pada golongan muda. Jika tidak diberi peluang mereka tidak mendapat pengalaman dan menonjolkan kebolehan mereka. Barisan kepemimpinan MBM sentiasa membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada orang muda yang ada untuk mengeluarkan bakat dan kepimpinan mereka.

S: Bagaimana untuk seseorang anak muda menyertai MBM?

J: Kita mempunyai sebanyak 38 pertubuhan belia di seluruh Negara yang merangkumi pertubuhan merentasi sosial, agama dan kaum. MBM juga menumpukan kepada pendaftaran secara online yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini, seterusnya menyasarkan sehingga sejuta keahlian pada tahun ini, termasuk yang ingin menjadi sukarelawan.

S: Bagaimana dengan sokongan dana bagi melicinkan aktiviti MBM?

J: Kita bersyukur kerana sentiasa mendapat sokongan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, selain dana daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan agensi swasta yang membantu melancarkan aktiviti yang direncanakan MBM. Ada jugak pembiayaan membabitkan dana sendiri seperti kewujudan stesen radio yang sudah 2 tahun beroperasi. Apa yang lebih penting ketika ini ialah untuk mendekati belia menerusi jaringan media social.

S: Apakah strategi MBM untuk dekati golongan belia bermasalah?

J: Strategi yang kita buat bagi mendekati golongan ini ialah dengan penerapan program satu belia satu kemahiran. MBM sendiri tidak melabelkan mereka sebagai belia bermasalah, sebaliknya belia keciciran dalam arus perdana pendidikan. Justeru kita cuba mendekati mereka ini dengan memberi latihan kemahiran di kolej kemahiran yang dibiayai Kementerian Sumber Manusia. Buktinya, lebih 70 peratus belia berkemahiran yang memperoleh sijil tahap 1, 2 dan 3 mendapat pekerjaan atau mampu memulakan perniagaan selepas mengikuti program satu belia satu kemahiran.

S: MBM tidak dapat lari daripada sambutan Hari Belia Negara setiap tahun. Bagaimana perancangan MBM untuk acara tahun ini?

J: Walaupun Perdana Menteri, baru-baru ini membuat pelarasan semula bajet , kita percaya perjalanan Festival Belia Putrajaya yang dijangkakan pada 22 hingga 24 Mei akan tetap dijalankan. MBM akan berkerjasama penuh dengan KBS dan kerajaan untuk memastikan perjalanan festival ini. Malah, dengan Malaysia sebagai tuan rumah ASEAN, kita mencadangkan Festival Belia Putrajaya turut disertai belia dari ASEAN dan seluruh dunia.
image

image