MAJLIS BELIA MALAYSIA

Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Selangor

6 Disember 2014 – Majlis Belia Selangor (MBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM)  telah menganjurkan Forum Belia: Celik Komuniti ASEAN Peringkat Negeri Selangor pada 6 Disember 2014 di Intekma, Shah Alam. Forum ini bertujuan memberi peluang kepada semua pemimpin belia, sukarelawan dan golongan belia daripada pelbagai latar belakang untuk turut serta berperanan dalam merealisasikan pembentukan Komuniti Asean tersebut yang melibatkan seramai 80 orang peserta.

IMG-20141211-WA0003

Program bermula dengan pendaftaran pada jam 9.00 pagi. Pada jam 9.30 pagi program diteruskan dengan aluan pengerusi majlis, nyanyian lagu Negaraku, dan bacaan doa. Majlis dimulakan oleh Moderator, Saudara Mohd Zuraidi Komari, dan memperkenalkan barisan panel pembentang seperti berikut;

 Encik Suhaimi Jaafar (Kementerian Luar Negeri) – Komuniti Politik & Keselamatan ASEAN

Encik Firdaos Rosli (Institut kajian Strategik Antarabangsa -ISIS) – Komuniti Ekonomi ASEAN

 Saudara Ahmad Saparudin B. Yusup, (Majlis Belia Malaysia – MBM ) – Cabaran, Prospek & Persediaan Belia

IMG-20141211-WA0002

Pada jam 4.30 petang, ketibaan tetamu jemputan khas iaitu Datuk Seri Noh Omar, Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor yang diiringi oleh Presiden Majlis Belia Selangor, Dato’ Haji Irmohozam. Majlis diteruskan dengan ucapan aluan Dato’ Haji Irmohizam dan diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Datuk Seri Noh Omar.

Program tamat sekitar jam 5.30 petang selepas penyampaian cenderamata  Secara keseluruhannya, kempen ini berjalan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak. Rata-rata komen yang diberikan oleh peserta forum ini sangat baik dan perlu diadakan lebih kerap bagi memantapkan kefahaman kepada belia tentang ASEAN. Perlu diperluaskan kepada belia luar bandar yang ketinggalan dari aspek pendidikan akademik. Perlu meramaikan penyertaan dalam kalangan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »