MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM gerak pemimpin wanita

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM dengan kerjasama Biro Tata Negara telah menganjurkan program Women Inspire yang bertempat di Kem BTN (B) Ulu Sepri, Rembau Negeri Sembilan dari 11 hingga 13 April 2014.  Seramai 64 peserta yang mengikuti program ini adalah yang terdiri daripada pemimpin wanita pergerakan belia dari peringkat akar umbi.

Program ini diadakan bertujuan untuk menggerakkan peranan golongan pemimpin wanita muda sebagai inspirasi kepada kemajuan Negara. Ia juga melatih wanita-wanita untuk menjadi pemimpin yang berwibawa serta dapat membentuk jati diri.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah ice breaking, wacana minda, ikhtiar hidup, slot kenegaraan dan lain-lain.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Puan Wan Salwati Hj. Abdullah selaku Naib Presiden MBM merangkap pengerusi Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM dan ulasan program disampaikan oleh En. Kamarulzaidi Bin Mohd Zain selaku penyelaras program.

Semoga program ini dapat membantu menggerakkan pemimpin wanita ke arah yang lebih positif.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »