MAJLIS BELIA MALAYSIA

Malaysiakini barah golongan muda

KUALA LUMPUR 13 April – Laporan portal berita propembangkang, Malaysiakini disifatkan tidak ubah seperti barah berbahaya yang mampu merosakkan pemikiran masyarakat terutama golongan muda di negara ini.

YB. Anuar Abdul Manap
YB. Anuar Abdul Manap

Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Anuar Abdul Manap berkata, laporan yang tidak bersandarkan fakta serta gemar menyajikan pendapat tidak berasas bertujuan menimbulkan spekulasi, tidak sewajarnya dibiarkan.

“Malaysiakini sering mewujudkan pelbagai spekulasi melalui pemberitaan yang akhirnya mencalarkan imej negara di mata dunia. Perkara tersebut dapat kita lihat dalam kebanyakan laporan mereka tentang kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Malaysiakini yang mendakwa mengamalkan kewartawanan bebas, beretika dan telus tetapi dilihat banyak pihak sebagai mempunyai agenda tersirat kerana sering membuat laporan tanpa bersandarkan fakta.

Mohamed Maliki Mohamed Rapiee
Mohamed Maliki Mohamed Rapiee

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee berkata, Malaysiakini perlu bersikap jujur serta menyatakan kewibawaan mereka dalam setiap laporan yang disajikan kepada masyarakat.

“Mereka mengutuk Utusan Malaysia serta media arus perdana lain sebagai lidah rasmi kerajaan yang tidak bersifat adil sedangkan mereka sendiri menjadi kuda tunggangan kepada pihak pembangkang,” katanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »