MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kempen ‘#YouthPray4MH370’ oleh Majlis Belia Malaysia

Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk melahirkan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 pada 8 Mac 2014.

Kehilangan pesawat ini menimbulkan suasana dan reaksi yang bercampur baur kepada pengendali penerbangan, ahli keluarga penumpang dan anak kapal, media dan masyarakat tempatan mahupun luar negara. Misteri ini sekaligus meminta semua rakyat Malaysia khususnya untuk bersatu dalam memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada usaha kerajaan Malaysia dan agensi-agensi yang terlibat dalam usaha mencari dan menyelamat penumpang dan pesawat MH370 ini.

MBM mengambil inisiatif mengerakkan belia Malaysia bagi memberikan sokongan moral kepada keluarga-keluarga mangsa yang terlibat serta memberi perangsang kepada pasukan mencari dan menyelamat melakukan yang terbaik dalam misi ini.

MAS sebuah government linked companies (GLC) telah memainkan peranan penting di Malaysia dalam memberikan perkhidmatan terbaiknya kepada masyarakat Malaysia dan dunia amnya sekaligus mempromosikan Malaysia di pentas dunia.

MBM menyeru rakyat Malaysia untuk memberi sokongan padu kepada semua pihak terlibat atas nama persaudaraan dan kemanusian demi menjaga kepentingan dan imej negara. Sokongan ini bertujuan untuk menzahirkan rasa dukacita di atas dugaan yang menimpa mangsa dan ahli keluarga penumpang dan krew pesawat MH370 supaya kekal kuat dan tabah dalam menghadapi hari-hari sukar ini. Di samping itu juga, sokongan berterusan diberikan kepada kakitangan-kakitangan MAS supaya dapat mengekalkan prestasi mereka di dalam industri penerbangan global.

MBM memandang tinggi usaha mencari dan menyelamat yang digerakkan oleh pelbagai agensi kerajaan dalam mempastikan kejayaan operasi ini. MBM juga mengucapkan terima kasih dan penghargaan di atas usaha dari negara serantau dan antarabangsa dalam menggerakkan aset mereka dalam usaha mencari dan menyelamat ini.

Pada kesempatan ini, MBM juga memohon kepada rakyat Malaysia agar terus memberi sokongan kepada usaha mencari dan menyelamat ini dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi atau khabar angin yang boleh memburukkan keadaan.

Semoga doa dan ikhtiar kita yang berterusan dan ikhlas menatijahkan yang terbaik dalam usaha ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »