Muhammad Khair Sujud, Presiden PKPIM Baharu

Sidang Media:
 
MUHAMMAD KHAIR SUJUD, PRESIDEN PKPIM BAHARU
 
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merupakan persatuan pelajar Islam peringkat nasional yang ditubuhkan sejak Mac 1961. Kini, PKPIM sudah menjangkau usia 55 tahun penubuhannya sedang bergiat aktif dalam kerja-kerja pembangunan pelajar, belia, masyarakat berbilang kaum dan antarabangsa khusus dalam Majlis Belia Malaysia (MBM), Friendship Group for Interfaith Services (FGIS), Union of Non-Governmental Organizations of The Islamic World (UNIW).
 10659175_731356490246929_6928971617030415321_n
Presiden PKPIM terkini, Muhammad Khair Sujud, 25, adalah merupakan pelajar Sarjana Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang mewakili Kesatuan Pelajar Islam Johor (KPIJ) dan baru dilantik sebagai presiden dalam Majlis Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Kali Ke-55 PKPIM di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya, Selangor pada 25hb September 2016 (Ahad) yang lalu.
 
Antara barisan kepimpinan PKPIM Sesi 2016/2017 yang dinamakan ialah Muhammad Nur Iman Abdul Khudus, 22; Fakruradzi Abdullah, 25; Muhd Hakim Mohd Nizam, 22; Mohd Lukman Nur Hakim, 22; Fatin Nabilah Azlan, 22; Awang Syazuan Syafiq Awang Jaya, 25; dan Anis Auni Anwar, 22.
 
 
Awang Syazuan Syafiq Awang Jaya,
Setiausaha Agung,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
14468447_1222127424496423_2019282250342589096_o



Majlis Belia Selangor dianaktirikan kata Noh Omar

RAZIATUL HANUM A RAJAK
14 FEBRUARI 2016

SHAH ALAM –  Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor, Datuk Seri Nor Omar mendakwa Majlis Belia Selangor (MBS) yang dipimpin oleh Datuk Irmohizam Ibrahim telah dianaktirikan kerajaan negeri.

Malah menurutnya, pada tahun lalu, MBS terpaksa mengeluarkan peruntukan tambahan gara-gara perlu berpindah lokasi daripada perancangan awal setelah semua khemah siap dipasang ketika sambutan Hari Belia Negara.

“Yang paling saya tidak dapat lupakan, amat menyedihkan dalam kejadian tahun lalu. Saya dimaklumkan, pada jam 4 pagi, mereka terpaksa berpindah ke tempat perasmian dari tempat asal kerana tapak itu kepunyaan kerajaan negeri Selangor.

“Pagi itu Menteri Belia (dan Sukan) nak datang. Nasib baik jumpa tapak lain. Terpaksa pasang khemah yang baharu…tambah lagi peruntukan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Perhimpunan Agung Tahunan MBs kelai ke-32, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, MBS sudah tidak lagi menduduki Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7 yang dibina oleh BN atas tanah kerajaan negeri ketika pemerintahan parti itu.

“Saya kesal, kerajaan negeri Selangor menubuhkan persatuan-persatuan belia yang baharu. Bukan itu sahaja. Diberikan peruntukan pula.

“Ini bermakna seolah-olah kerajaan negeri mahu memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan belia dalam negeri Selangor. MBS sudah wujud berkurun-kurun lamanya yang sudah terbukti membangunkan belia di negeri ini,” katanya.




Pejabat majlis belia nyaris terbakar

WARTAWAN SINAR HARIAN
23 DISEMBER 2015

KERAYONG – Tindakan pantas seorang ahli jawatankuasa Majlis Belia Daerah (MBD) mencari alat pemadam api di premis berdekatan untuk memadam kebakaran pada kotak fius utama berjaya menyelamatkan nyawa dan harta benda di pejabat itu.

Pengerusi MBD, Mohd Rosidi Hassan berkata, semasa kejadian kira-kira 8.20 pagi itu, hanya Setiausaha MBD, Mohd Sofi Mohd Fauzi berada dalam pejabat dan terdengar bunyi letupan serta bau asap di ruang utama pejabat.

Menurutnya, Mohd Sofi nekad untuk melihat keadaan kotak fius itu dan terdapat percikan api kecil.

“Dia segera berlari ke kedai berdekatan untuk meminjam alat pemadam api dan berusaha memadamkan percikan api itu.

“Tiada kemalangan jiwa dan kerugian dalam kejadian ini. Tetapi, saya perlu pastikan kejadian seumpama ini tidak lagi berlaku dengan memeriksa pemasangan pendawaian dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Triang, Khairudin Othman berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.39 pagi dan seramai tiga anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, tindakan pantas mangsa menyebabkan kebakaran dapat dihalang, dan api dipadamkan sepenuhnya selepas 20 minit.

“Seharusnya, semua pejabat atau premis mempunyai alat pemadam api. Seperti kejadian yang berlaku ini, mangsa terpaksa meminjam dari premis berdekatan.

“Dan kebanyakan bangunan pejabat atau kedai masih tiada alat pemadam api ini, malah ada yang tidak diselenggarakan mengikut tempoh ditetapkan,” katanya.

Khairudin berkata, pihaknya akan mengadakan pemeriksaan di semua bangunan pejabat dan kedai dalam usaha menghapus bahaya kebakaran (MBK) bagi memastikan kelengkapan keselamatan dalam keadaan terbaik.




Belia Perak anjur SILVERYOUTH ISLAMIC FEST (SYIF) 2015

Majlis Belia Negeri Perak atau lebih dikenali sebagai  Perak Silveryouth akan menganjurkan  SILVERYOUTH ISLAMIC FEST (SYIF) 2015 dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak pada 24-25 Oktober 2015 di Ruang Parking Teflon Angsana Mall, Ipoh.

Penganjuran SYIF adalah satu usaha untuk mendekatkan para belia kepada aktiviti-aktiviti yang lebih baik dan juga mengajak kembali kepada asas. SYIF juga adalah salah satu program dakwah secara santai.

Beberapa acara telah diaturkan untuk pengisian SYIF antaranya:- Gema malam belia berselawat, Pameran dan jualan, Ikon belia muslimin/muslimah, Persembahan pentas, Busana muslimah bersama artis, Busking, Himpunan bikers, Pertandingan qalam jamaa‘i, Pertandingan tulisan khat dan pertandingan mewarna tulisan khat, Pertandingan nasyid percussion dan Running iman.
An-ZZoPw7KXPYpmPcIWxW9tPIpokmKmX4TgLpqOr3GIT
Silveryouth Islamic Fest (SYIF) 2015:-
1.Gema malam belia berselawat
2.SYIF fun ride
3.SYIF auto and bikers unity for charity
4.Ikon belia muslimin/muslimah
5.Pameran dan jualan
6.Busana muslimah bersama artis
7.Persembahan pentas
8.Busking
9.Pertandingan qalam jamaa‘i
10.Pertandingan nasyid percussion
11.Pertandingan khat dan pertandingan mewarna khat

maklumat lanjut sila ke www.mbnperak.org.my atau fb Silveryouthperak

https://www.youtube.com/watch?v=JRdIRWbY5tg&feature=youtu.be