SIARAN MEDIA : MBM ANJUR KURSUS ASAS KEPENGADILAN KEBANGSAAN

SIARAN MEDIA

1 NOVEMBER 2016

MBM ANJUR KURSUS ASAS KEPENGADILAN KEBANGSAAN

1 BELIA 1 PENGADIL (1B1P)

Kepengadilan merupakan elemen utama di dalam penganjuran mana-mana jenis sukan meliputi berbagai peringkat seperti daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Ia juga merupakan elemen penting di dalam memastikan kualiti penganjuran sesuatu kejohanan mencapai kualiti dan kepuasan hati semua pihak.

Dalam usaha untuk mempromosi bidang kepengadilan dalam kalangan masyarakat khususnya belia, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan akan menganjurkan Kursus Asas Kepengadilan Kebangsaan 1 Belia 1 Pengadil (1B1P) meliputi sukan bolasepak, sepak takraw dan bola jaring. Siri pertama akan bermula pada 4 hingga 6 November 2016 di Negeri Sembilan.

Majlis pelancaran Kursus Asas Kepengadilan Kebangsaan (1B1P) akan disempurnakan oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia pada 3 November 2016 (Khamis) jam 4.00 petang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

1 Belia 1 Pengadil (1B1P) merupakan inisiatif MBM di bawah Jawatankuasa Khas Kebudayaan, Sukan dan Gaya Hidup Sihat bertujuan mencungkil bakat-bakat dalam kalangan belia dan beliawanis untuk menceburkan diri dalam bidang kepengadilan yang bertauliah.

Program ini digerakkan oleh badan-badan gabungan MBM yang terdiri daripada majlis belia negeri dan badan kebangsaan di setiap negeri. Mereka akan dibantu oleh majlis sukan negeri dan persatuan sukan negeri terbabit.

Kursus ini akan berlangsung selama 2 hari meliputi pelbagai aspek seperti penerangan khusus tentang undang undang setiap sukan, latihan amali, praktikal dan ujian bertulis. Sasaran awal seramai 100 orang peserta yang terbahagi kepada 3 jenis sukan iaitu bolasepak, sepak takraw dan bola jaring.

Kursus ini akan mendedahkan peserta-peserta dengan asas kepengadilan dan asas pemarkahan (teori dan praktikal) serta dikendalikan oleh tenaga-tenaga pengajar profesional dalam bidang sukan masing-masing.

Selain itu, mereka juga didedahkan berkaitan pengurusan sukan secara ‘hands on’ dalam kursus ini sekali gus ia mampu meningkatkan kemahiran komunikasi ketika berhubung dengan masyarakat luar.

Peserta-peserta yang menyertai kursus ini layak menerima sijil tauliah yang diiktiraf oleh badan sukan.

Selain melahirkan belia yang aktif dan cergas, profesion kepengadilan juga mampu membantu golongan belia menjana sumber pendapatan sampingan melalui kejohanan-kejohanan yang dianjurkan pelbagai pihak.

Dalam persekitaran yang lebih mencabar hari ini, golongan belia tidak harus tertumpu kepada satu bidang semata-mata malah perlu menerobos setiap peluang yang mampu memberikan keuntungan dan kebaikan kepada diri mahupun masyarakat keseluruhannya.

Sekian, terima kasih.

MUA’AMAR GHADAFI JAMAL DATUK WIRA JAMALUDIN

Presiden

Majlis Belia Malaysia




Kenyataan Media : Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia Malaysia 2016

KENYATAAN MEDIA

8 OGOS 2016

MAJLIS BELIA NEGERI (MBN) PAHANG MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN ATLIT DAN PEGAWAI KE PESTA SUKAN DAN KEBUDAYAAN BELIA MALAYSIA 2016

1. Sukacita dimaklumkan bahawa Pesta Sukan Dan Kebudayaan Belia Malaysia (PSMKBM) Kali Ke-5 2016 akan dianjurkan pada 11 – 14 Ogos 2016. PSKBM 2016 akan diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan, Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. PSKBM 2016 dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS), Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang.

2. PSKBM 2016 ini bertujuan untuk menggalakkan belia bersukan kerana ia adalah aktiviti riadah yang baik bagi menghasilkan badan yang cergas dan minda yang sihat. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk menggalakkan belia-belia melibatkan diri dalam kegiatan kebudayaan bagi meneruskan kesinambungan tradisi seni negara. Dalam masa yang sama PSKBM 2016 bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan belia dari seluruh negara yang berbilang bangsa dan agama.

3. Sebanyak lima (5) acara sukan dan dua (2) acara kebudayaan akan dipertandingkan sepanjang PSKBM 2016 berlangsung. Acara-acara tersebut ialah Futsal (Lelaki dan Wanita), Badminton (Berpasukan), Bola Jaring (Wanita), Sepak Takraw (Lelaki) dan Ping Pong (Berpasukan). Manakala acara Lagu Puisi dan Teater pula akan dipertandingkan bagi kategori kebudayaan.

4. Dijangka seramai 2,000 orang belia dari seluruh negara akan berkampung di UIAM Kuantan sepanjang PSKBM 2016 berlangsung. Mereka terdiri daripada atlit dan pegawai yang mewakili 39 buah persatuan dan pertubuhan belia yang menjadi badan gabungan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) di peringkat kebangsaan.

5. Majlis Belia Negeri (MBN) Pahang selaku tuan rumah mengucapkan Selamat Datang kepada semua atlit dan pegawai PSKBM2016 ke negeri Pahang Darul Makmur. Bagi menjayakan penganjuran PSKBM2016 ini, MBN Pahang telah bertindak proaktif melakukan persiapan yang sewajarnya demi kelancaran sepanjang PSKBM 2016 berlangsung. MBN Pahang juga telah memilih seramai 120 orang sukarelawan dalam kalangan belia negeri Pahang bagi memastikan kelancaran setiap acara yang dipertandingkan.

6. PSKBM 2016 juga dijangka diserikan lagi dengan keberangkatan KDYTM Tengku Mahkota Pahang untuk mencemar duli menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup. Majlis tersebut akan diadakan pada hari Sabtu 13 Ogos 2016 bertempat di Dewan Utama UIAM Kuantan bermula jam 8.00 malam. Di dalam majlis tersebut, dijangka KDYTM Tengku Mahkota Pahang akan menyampaikan hadiah kepada kontinjen yang berjaya muncul sebagai johan keseluruhan PSKBM 2016 ini.

7. MBN Pahang mengajak semua belia khususnya di negeri Pahang untuk sama-sama hadir menyaksikan semua acara yang dipertandingkan. Kehadiran semua belia ini akan memeriahkan lagi penganjuran PSKBM 2016 ini dan seterusnya akan menjadi kenangan bermakna kepada semua belia di negeri Pahang khususnya dan seluruh negara amnya. Sekaligus akan mengangkat martabat golongan belia di negara ini yang sentiasa mengutamakan kegiatan-kegiatan yang berfaedah dan menyumbang kepada pembinaan negara yang lebih baik.

Terima kasih.

Disediakan oleh;

KHAIRUL AMIN BIN OSMAN
PRESIDEN
MAJLIS BELIA NEGERI PAHANG




Siaran Media : MBM mengajak Generasi Muda raikan HBN2016

SIARAN MEDIA

MBM MENGAJAK GENERASI MUDA SERTAI DAN MERAIKAN

SAMBUTAN HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016

Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan jutaan penghargaan kepada kerajaan di atas pengiktirafan terhadap Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun. Hari Belia Negara merupakan komitmen kerajaan untuk belia seluruh negara dan simbol kerajaan mengiktiraf dan menyedari peranan belia dalam usaha membuat transformasi dalam masyarakat.

Pada tahun ini, sambutan Hari Belia Negara akan diadakan di Universiti Putra Malaysia. Ini adalah sebahagian daripada pendekatan Strategi Lautan Biru bersama universiti dan golongan mahasiswa. Walaupun penganjuran tahun ini dalam skala sederhana, namun MBM percaya ia tetap meriah dengan penyertaan generasi muda khususnya dalam kalangan mahasiswa. Bertemakan “The Future Is Now” sebagai salah satu pendekatan baharu sempena HBN kali ini adalah bertujuan mendekati golongan mahasiswa.

Kementerian Belia dan Sukan dengan sokongan MBM turut mengambil inisiatif proaktif bagi memastikan sambutan Hari Belia Negara 2016 juga dirasai di seluruh negara dengan menganjurkan Minggu Belia yang bermula dari 9 hingga 14 Mei 2016.

Justeru, MBM mengajak seluruh belia dan organisasi belia di semua peringkat menggerakkan generasi muda untuk sama-sama menjayakan Hari Belia Negara 2016 melalui aktiviti-aktiviti yang telah diatur antaranya :

1) JAMBOREE SUKAN, REKREASI DAN CABARAN

Tarikh    : 6 – 8 Mei 2016

Tempat  : Ulu Slim, Slim River, Perak

Perasmian oleh  : YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia

pada 7 Mei 2016 (Sabtu) jam 9.00 pagi.

2) PROGRAM MYVOC CERIA KOMUNITI SEMPENA HARI DAN MINGGU BELIA NEGARA 2016

 Tarikh    : 7 hingga 8 Mei 2016

Tempat  : Seluruh negara (Ditentukan oleh Badan-badan Gabungan MBM)

Antara premis yang terlibat ialah rumah-rumah ibadah, rumah orang-orang tua, rumah anak-anak yatim dan di mana jua yang melibatkan komuniti.

3) MAJLIS KONVOKESYEN 1BELIA 1KEMAHIRAN KE-4 MAJLIS BELIA MALAYSIA & PELANCARAN 1B1K-UMP KOMPETEN: TVET BERASASKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Tarikh    : 10 Mei 2016 (Selasa)

Masa      : 2.00 petang

Tempat  : Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri, Bangunan Puspanitapuri, Persiaran Seri Perdana

Presint 10, Putrajaya

Majlis penyampaian Sijil akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri melibatkan 463 orang penerima dari kolej-kolej kemahiran swasta.

4) FESTIVAL TEATER REMAJA KEBANGSAAN

 Tarikh    : 11 hingga 13 Mei 2016

Masa      : 8.30 malam

Tempat  : Auditorium Dewan Bahasa dan Pustaka, Menara DBP, Kuala Lumpur

Program ini dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

5) MALAYSIA INTERNATIONAL YOUTH EXCHANGE

 Tarikh    : 13 hingga 16 Mei 2016

Tempat  : Kuala Lumpur

Program ini melibatkan penyertaan belia-belia dari negara Asia seperti Thailand, Cambodia, Indonesia, Singapura, Vietnam

6) SERET DI JERAI ‘BIKE TRIKE DRIFT’

Tarikh    : 14 hingga 15 Mei 2016

Tempat  : Gunung Jerai, Kedah

7) KARNIVAL WARNA WARNI BELIA MALAYSIA

 Tarikh    : 13 hingga 15 Mei 2016

Masa      : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

 8) PAMERAN INOVASI SOSIAL

Tarikh    : 13 hingga 15 Mei 2016

Masa      : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Padang Kawad,   Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

9) KARNIVAL KERJAYA

Tarikh    : 13 hingga 15 Mei 2016

Masa      : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Padang Kawad, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

10) MALAYSIA INFLATABLE CHALLENGE

Tarikh    : 13 hingga 15 Mei 2016

Masa      : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Padang Kawad,  Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

11) MALAM GEMA NUSANTARA

Tarikh    : 14 Mei 2016 (Sabtu)

Masa      : 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat  : Padang Kawad,  Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

12) KONVESNYEN BELIA KEBANGSAAN 2016 (KBK’16)

Tarikh    : 15 Mei 2016 (Ahad)

Masa      : 9.00 pagi – 1.30 petang

Tempat  : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

13) MAJLIS SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA 2016 OLEH YAB DATO’ SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI, TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA

Tarikh    : 15 Mei 2016 (Ahad)

Masa      : 2.00 petang

Tempat  : Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor

YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia akan hadir melancarkan sambutan Hari Belia Negara 2016 melibatkan lebih 3,000 orang belia. Beliau juga akan menyampaikan anugerah Tokoh Belia Negara.

maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Belia Negara 2016 bolehlah layari info media sosial MBM berikut :

Laman web : www.belia.org.my

Facebook : Majlis Belia Malaysia

Twitter  : @BeliaMBM

Instagram : @beliambm

Youtube                : Majlis Belia Malaysia

MBM yakin dengan kerjasama yang bersepadu dari semua pihak akan memastikan usaha transformasi masyarakat dalam kalangan belia akan memenuhi sasarannya.

Sekian, terima kasih.

AHMAD SAPARUDIN YUSUP

Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia




Lahirkan Belia Saling Menghormati – Presiden MBM

PicsArt_04-06-08.48.12