Home / Artikel / Sinergi belia ke arah era Society 5.0

Sinergi belia ke arah era Society 5.0

Oleh:

Sdr. Sivanesan Tamil Selvam

Felo Penyelidik

Majlis Belia Malaysia

Revolusi Industri 4.0 telah mula berkembang pesat di peringkat global dengan bantuan alat-alat teknologi yang telah memudahkan kehidupan seharian. Empat komponen utama revolusi ini adalah kewujudan data dalam jumlah yang besar; ketersambungan dan kuasa pengiraan; kemunculan analisis dan kemampuan perniagaan pintar; dan kewujudan interaksi manusia-mesin dan realiti terimbuh (augmented reality). Kewujudan data dalam jumlah yang besar ini membawa kepada kewujudan data raya yang terdiri daripada jaringan, awan, siber, kandungan dan konteks, komuniti dan penyesuaian. Enam bahagian ini membantu kepada penjanaan data yang kompleks akibat daripada jumlahnya yang besar; namun dengan aturan mesin dan siber bersama keperluan daripada komuniti membantu pengeluaran hasil data yang sistematik dan boleh digunakan untuk mempermudahkan urusan seharian.

Istilah Revolusi Industri 4.0 barang kali tidak lagi asing bagi sebahagian dari kita. Istilah ini secara sederhana merujuk pada konsep Industri di era digital/era teknologi informasi dan komunikasi, Konsep ini memiliki 6 tonggak utama, iaitu masyarakat digital, daya lestari, mobiliti pintar, hidup sihat, keselamatan sivil, dan teknologi di tempat kerja.

Revolusi Perindustrian konvensional terdahulu yang menggunakan tenaga manusia berkurangan dengan mesin-mesin menjadi pengganti dalam bidang pembuatan merentas pelbagai industri. Walau bagaimanapun, situasi ini tidak hanya dilihat dalam satu dimensi kerana skop teknologi yang sedang berkembang ini berpotensi menjadi solusi dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan lebih efisyen. Kekayaan data serta kepesatan teknologi boleh diaplikasikan kepada penyelesaian kehidupan seharian dengan pelbagai aplikasi serta menjadikan geografi dan jarak bukan satu faktor penghalang untuk kekal terhubung (Roblek et al. 2016).

Revolusi Industri – istilah diperkenalkan oleh ahli sejarah terkenal, Arnold Toynbee (1889-1975), adalah satu fenomena yang dianggap lazim dalam masyarakat moden. Sejarah revolusi bermula pada 1800 (1760-1830), Industri 1.0 adalah mengenai kuasa wap untuk digunakan dalam kilang-kilang. Ia bergantung lebih kepada kegunaan air ataupun wap yang berupaya menggerakkan jentera berasaskan kuasa wap untuk kerja-kerja yang tidak terdaya oleh kudrat manusia. Maka terciptalah steam enjin yang turut membawa perubahan besar kepada sistem pengangkutan selain jentera-jentera lain yang berupaya pula meningkatkan aktiviti perindustrian.

Manakala Industri 2.0 pada tahun 1900 (sekitar 1870-1914) pula menggunakan kuasa elektrik. Perkembangan teknologi yang melibatkan kuasa eletrik jelas membawa satu lagi lonjakan status hidup masyarakat melalui pengilangan besar-besaran sepertimana pada hari ini.  Revolusi Industri 3.0 pada tahun 2000 menggunakan komputer‎ dan teknologi maklumat.  Di peringkat akhir revolusi ketiga timbul pula teknologi automasi, yakni satu keupayaan teknologi yang tidak perlu melibatkan manusia secara langsung. Mesin dan jentera boleh bergerak serta bekerja dengan sendiri apabila ia dimuatkan dengan program komputer tertentu bagi melakukan sesuatu aktiviti terancang.

Pada tahun 2016 bermula Revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) adalah kesinambungan versi ketiga dalam peningkatan automasi beserta rangkaian Internet dan proses-proses fizikal lain dan muncul pula satu sistem berbentuk siber-fizikal. Industri 4.0 iaitu tentang penemuan pelbagai teknologi baharu yang antara lain menggunakan automasi, analisis dan big data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotic, cloud, Internet of Things (IoT), dan perkara yang seumpamanya. Ia melibatkan teknologi automasi memberi cabaran baharu kepada semua sektor di negara ini yang memerlukan mereka melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital itu untuk kekal berdaya saing dan merancakkan kemajuan landskap dunia moden.

ERA SOCIETY 5.0

Masyarakat 5.0 ialah masyarakat pintar yang memberi penekanan integrasi teknologi pintar dan manusia. Masyarakat ini dikenali sebagai “mesin yang berjiwa” yang memberi penekanan kepada teknologi dan manusia berasaskan kepada teras-teras yang dikaitkan dengan Revolusi Industri 4.0.

Masyarakat 5.0 atau Society 5.0 dicetuskan di negara Jepun.  Masyarakat 5.0 menggambarkan generasi ke-5 trend masyarakat dalam sejarah dunia berdasarkan kronologi bermula daripada masyarakat perburuan atau hunting society (Society 1.0), masyarakat pertanian atau agrarian society (Society 2.0), masyarakat industri atau industrial society (Society 3.0), masyarakat informasi atau information society (Society 4.0). Manakala, masyarakat 5.0 menciptakan layanan, nilai-nilai dan cara baharu dalam kehidupan. Antara matlamat utama Era 5.0 Adalah untuk “memanusiakan manusia melalui teknologi” dengan menerapkan elemen-elemen yang tersasar dari IR 4.0 termasuk Teknologi Pemprosesan Awan atau cloud dalam penyimpanan dan pemprosesan data, internet of things (IoT) Ia juga menjadi medium komunikasi yang nyata di alam maya yang memberi ruang untuk mengabungkan data serta menganalisis data bagi mendapatkan unjuran yang tepat.

SINERGI ANTARA MANUSIA DAN TEKNOLOGI

Malaysia harus membuka ruang untuk menerapkan nilai Society 5.0 yang akan bakal digantikan IR 4.0. pendekatan “moving towards society 5.0” perlu dirangka untuk membentuk sinergi antara manusia dan teknologi perlu diwujudkan untuk mewujudkan kesejahteraan manusia, produktiviti dan keberkesanannya.

Bertarikh : 23 Februari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »