Home / Berita / Siri Local Agenda 21 Putrajaya (online)

Siri Local Agenda 21 Putrajaya (online)

KUALA LUMPUR 18 Feb – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai Siri Local Agenda 21 Putrajaya secara dalam talian yang dianjurkan Perbadanan Putrajaya.

Pembentangan telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Dr. Iswanto, Pensyarah Kanan, Politeknik Kesihatan Yogyakarta, Indonesia dan Local Champion, Kampung Sukunan, Yogyakarta, Indonesia yang telah mendapat pengiktirafan dari World Bank di atas inisiatif dalam pengurusan sisa pepejal bersama komuniti setempat.

Beliau telah menerangkan bagaimana inisiatif projek pengurusan sisa pepejal yang telah berjaya dilaksanakan secara kreatif dan inovatif oleh komuniti di Sukunan, sebuah perkampungan yang terletak di Daerah Sleman, Yogyakarta, Indonesia sejak tahun 2004. Projek ini telah dirangka, direkabentuk dan dipacu oleh anak watan dari komuniti ini sendiri dalam bentuk kolektif dan terancang sejak tahun 2004.

Walaupun setelah 17 tahun dilaksanakan, berkat kerjasama, tekad dan komitmen komuniti setempat, projek ini masih lagi berjalan dengan baik sehingga kini, dan telah menjadi model rujukan oleh Kerajaan Indonesia untuk dilaksanakan oleh masyarakat di daerah-daerah lain di Yogyakarta dan seluruh Indonesia.

Bagi melihat inisiatif dan projek-projek yang telah dilaksanakan oleh Dr Iswanto bersama komuniti Kampung Sukunan, sila layari FB Iswanto Bin Noto.

Link: https://www.facebook.com/iswanto.binnoto

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »