Home / Berita / Mesyuarat Biro PIAT MBM bersama Unit Program Agropreneur Muda

Mesyuarat Biro PIAT MBM bersama Unit Program Agropreneur Muda

KUALA LUMPUR 18 Feb – Mesyuarat Biro Pertanian dan Industi Asas Tani Majlis Belia Malaysia (PIAT MBM) bersama Unit Program Agropreneur Muda, Kementerian Pertanian, Industri Asas Tani telah berlangsung secara dalam talian (online).

Unit Agropreneur Muda diwakili oleh Pengarahnya Encik Mohammad Ezri Shamsuddin di samping wakil AGRO Bank berbincang bagi menggalakkan lebih ramai belia merebut peluang bertani era Covid-19.

Tugasan utama adalah menyebarluaskan info peluang dan geran pertanian kepada belia melalui Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.

MBM turut berkongsi program-program latihan pertanian belia yang telah dijalankan oleh PIAT dan beberapa permasalahan dan cabaran agropreneur muda untuk sama-sama diselesaikan.

Di akhir pertemuan, pelbagai kerjasama dirancang bagi memperkukuhkan agenda pertanian belia melibatkan latihan, perkongsian pengalaman, pemberian geran dan pinjaman dan hebahan peluang.

Turut sama Sdr. Jufitri Joha Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hasan Timbalan Presiden MBM, Sdr. Abdul Hafeez Abdullah Exco MBM, Sdr. Hafizul Nizam Abdullah Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan dan ahli jawatankuasa PIAT MBM.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »