Home / Kenyataan Akhbar / Ralat dan Pembetulan Kenyataan Media

Ralat dan Pembetulan Kenyataan Media

Isu Sugar Daddy: Jangan telan bulat-bulat sumber meragukan

Majlis Belia Malaysia (MBM) ingin membetulkan ralat yang berlaku dalam kenyataan media berkaitan isu sugar daddy bertarikh 15 Februari 2021 yang menyebabkan disalah fahami oleh pihak media dan masyarakat awam. MBM memohon maaf atas kesilapan teknikal ini.

Dalam perenggan kedua kenyataan media tersebut pihak MBM tersilap menggunakan perkataan ‘kerana’ tetapi perkataan yang sepatut digunakan ialah perkataan ‘sahaja’ menyebabkan seolah-olah difahami MBM tidak ambil peduli soal sugar baby, sugar daddy dan aplikasi sugar book ini.

Justeru ayat yang lengkap untuk perenggan kedua tersebut adalah seperti berikut :

“MBM berasa terpanggil untuk bersuara akan isu ini bukan ‘sahaja’ kebimbangan terhadap keruntuhan akhlak gadis di IPT, tetapi MBM turut bimbang terhadap penerimaan informasi atau berita yang tular secara bulat-bulat oleh masyarakat”.

Secara ringkas maksud sebenar yang MBM ingin sampaikan ialah MBM berasa amat risau akan kedua-dua isu tersebut iaitu isu keruntuhan moral ini dan juga isu menyemak kesahihan dan ketepatan fakta details yang disajikan sambil menyeru agar kedua-dua isu diambil tindakan tegas dan sewajarnya oleh pihak Kerajaan dan masyarakat awam.

MBM juga menggesa pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus memantau dan tegas menyekat aplikasi seumpamanya kerana ia merosakkan maruah dan jatidiri bangsa.

MBM juga turut menyeru agar pihak yang terlibat menjadi sugar daddy (jika benar seperti dilaporkan) agar menghentikan perbuatan terkutuk ini kerana mana mungkin ada penawaran jika tiada permintaan. Peranan mereka sebagai orang dewasa sewajibnya melindungi gadis-gadis bukannya merosak dan memanipulasi mereka.

PENERANGAN

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 17 Februari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »