Home / Akhbar / Isu sugar daddy, jangan telan bulat-bulat sumber meragukan – MBM

Isu sugar daddy, jangan telan bulat-bulat sumber meragukan – MBM

KUALA LUMPUR – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengingatkan masyarakat agar tidak cepat melatah dengan isu yang hangat diperkatakan sekarang mengenai aplikasi Sugarbook, sugar daddy dan sugar baby.

Ketua Penerangannya, Wan Mohd Husni Abdullah berkata, mungkin itu antara strategi syarikat untuk mempopularkannya atau menaikkan harga penyertaan dalam melanggan aplikasi berkenaan.

Tambaha pula, katanya, apa yang dikaitkan dengan pelajar di 10 institusi pengajian tinggi (IPT) yang kononnya menghasilkan ‘sugar baby’ tidak disertakan dengan dokumen sokongan dan sumber yang boleh dipercayai.

Malah, ujar beliau, data tersebut juga tidak kukuh, selain boleh ditambahbaik oleh sesiapa sahaja dan bila-bila masa.

“MBM mengambil perhatian terhadap isu sugar daddy baru-baru ini, di mana tular senarai 10 IPT yang kononnya menghasilkan sugar baby dalam kalangan penuntutnya paling ramai di Malaysia.

“Data ini dikatakan dikeluarkan oleh aplikasi ‘suai kenal’ yang diberi nama Sugarbook dan dapat diperhatikan banyak pihak terus melenting sebaik sahaja informasi tersebut tular.

“Kita merasa terpanggil untuk bersuara bukan kerana bimbang dengan keruntuhan akhlak gadis di IPT tetapi bimbang terhadap penerimaan informasi atau berita yang tular secara bulat-bulat oleh masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Husni berkata, pada hemat MBM, informasi yang dikeluarkan tidak mempunyai dokumen sokongan dan sumber yang boleh dipercayai, bahkan data tersebut juga tidak kukuh.

MBM menyarankan masyarakat lebih bijak dalam menerima apa-apa berita tular terutama di media sosial kerana perkara pertama perlu dilakukan apabila menerima berita adalah menyemak fakta dan sumber terlebih dahulu.

Katanya, MBM juga kerap kali menyarankan belia di negara ini menjadi fact checker atas apa-apa berita yang tular supaya dapat menerima berita yang sahih dan tidak memudaratkan lagi sesuatu keadaan.

“Pada masa sama, kita minta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) terus memantau dengan lebih teliti aplikasi sebegini.

“Sekiranya mendatangkan lebih banyak mudarat daripada kebaikan, seeloknya disekat sahaja aplikasi seumpama ini, kerana boleh merosakkan imej institusi.

“Lebih elok kita berbangga dengan pencapaian dan kualiti graduan dihasilkan institusi daripada kita berbangga dengan berapa ramai gadis yang berjaya dikeluarkan sebagai sugar babbies,” katanya.

Artikel penuh: https://malaysiagazette.com/2021/02/15/isu-sugar-daddy-jangan-telan-bulat-bulat-sumber-meragukan-mbm/?fbclid=IwAR3ESqpi0mWVjSPkhklskx0SsLfr359f7WzdwqLTpxiAtTpx_ELDXUDhghY

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »