Home / Akhbar / Penglibatan belia dalam Jawatankuasa Khas Darurat perlu diambil kira – MBM

Penglibatan belia dalam Jawatankuasa Khas Darurat perlu diambil kira – MBM

KUALA LUMPUR: Penglibatan belia dalam menyertai Jawatankuasa Khas Darurat 2021 diambil kira dalam memastikan perspektif golongan tersebut juga dapat disampaikan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha berkata, golongan tersebut turut tidak terkecuali berdepan kesukaran hidup dalam situasi pandemik dan beberapa input perlu disampaikan menerusi platform tersebut.

“Belia juga terkesan teruk akibat COVID-19 dan wajar untuk mereka guna saluran tersebut bagi memberikan pandangan atau cadangan yang membina pada pihak kerajaan.

“Ini juga bakal menjadi satu pengiktirafan kepada anak muda untuk sertai jawatankuasa itu supaya beberapa faktor penentu boleh diambil kira terutamanya berkaitan tempoh darurat,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI pada Jumaat.

Dalam perkembangan lain, Jufitri mengakui wujud kekangan bagi golongan belia untuk menyuarakan segala permasalahan dan perkara itu perlu diteliti bagi mengelakkan berlakunya isu jurang melibatkan generasi.

Jelasnya, golongan belia lebih memahami berhubung isu yang terpaksa didepani mereka dan langkah untuk melibatkan kelompok tersebut wajar dipertimbangkan agar mereka mampu menjadi sebahagian daripada pembuat dasar.

Pejabat Perdana Menteri pada Selasa mengumumkan pelantikan ahli jawatankuasa khas itu selepas diperkenankan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pejabat Perdana Menteri memaklumkan, jawatankuasa itu ditubuhkan mengikut Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Artikel penuh : https://www.astroawani.com/berita-malaysia/penglibatan-belia-dalam-jawatankuasa-khas-darurat-perlu-diambil-kira-mbm-282698

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »