Home / Hebahan / Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan Belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (AKTA 668)

Mesyuarat Agung Tahunan bagi Pertubuhan Belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (AKTA 668)

YAB Perdana Menteri pada Sidang Khas 11 Januari 2021 telah mengumumkan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi mencegah penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat. PKP 2.0 meliputi seluruh negara kecuali Sarawak ini telah dilanjutkan sehingga 18 Februari 2021.

Dalam tempoh PKP 2.0 ini, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (PPPB) telah menerima banyak maklum balas daripada pertubuhan belia mengenai kesukaran untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) mengikut jangka masa yang ditetapkan oleh perlembagaan pertubuhan belia masing-masing dan memohon untuk menangguhkannya kepada suatu tarikh yang akan datang.

Selaras dengan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang melarang pelaksanaan perhimpunan sosial termasuk persidangan dan mesyuarat secara bersemuka sepanjang tempoh PKP 2.0 ini, maka pertubuhan belia yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668] adalah digalakkan dan dibenarkan untuk melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan termasuk menjalankan pemilihan Ahli Jawatankuasa (jika berkaitan) secara dalam talian (Online Meeting).

Sehubungan dengan ini, pertubuhan belia dinasihatkan supaya menetapkan mekanisma dan platform yang sesuai bagi melaksanakannya selaras dengan norma baharu berpandukan kepada perlembagaan pertubuhan belia masing-masing serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MKN dari semasa ke semasa.

Selaras dengan Seksyen 22, Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 [Akta 668], semua pertubuhan belia berdaftar diminta mengemukakan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) kepada Pendaftar Pertubuhan Belia dalam masa enam puluh (60) hari selepas tarikh pelaksanaan Mesyuarat Agung Tahunannya atau sekiranya tiada MAT diadakan, dalam tempoh enam puluh (60) hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia ditalian 03-8881 0842 atau menerusi e-mel roy_hq@kbs.gov.my.

PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA

KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

11 FEBRUARI 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »