Home / Kenyataan Akhbar / Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 perlu turut diwakili belia

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 perlu turut diwakili belia

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada kenyataan media Pejabat Perdana Menteri bertarikh 9 Februari 2021 yang mana telah memuktamadkan senarai Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan telah ditubuhkan di bawah Seksyen Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang berperanan menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong mengenai kewujudan darurat yang berterusan dan penamatannya.

MBM sebagai badan induk pertubuhan belia merasa terkilan apabila tidak adanya wakil belia dilantik dalam Jawatankuasa Khas berkenaan, sedangkan hampir 45% penduduk di negara ini adalah terdiri daripada golongan belia.

Belia sudah tentunya antara kelompok yang terkesan dalam pengisytiharan darurat ini dan oleh sebab itu, maka wajarlah wakil belia juga turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas ini.

MBM menyeru agar pihak Kerajaan sekali lagi mempertimbangkan secara serius melantik wakil belia yang berkelayakan dalam Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 11 Februari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »