Home / Minda Presiden / Takziah atas Pemergian Amir! Jadilah Pelindung Kanak-Kanak!

Takziah atas Pemergian Amir! Jadilah Pelindung Kanak-Kanak!

Ulasan Presiden MBM

Jufitri bin Joha

Berita pemergian adik Zubaidi Amir Qusyairi dipercayai kesan penderaan amat meruntun hati rakyat Malaysia. Ia boleh dilihat daripada hujanan ucapan takziah dan simpati di media arus perdana dan media sosial. Jika terbukti benar, ia suatu perbuatan yang menyayat hati dan tidak boleh diterima atas prinsip rukun kemanusiaan sementelah mangsa merupakan seorang kanak-kanak yang tidak berdaya yang sewajibnya dilindungi. Namun kita serah kepada Allah tentang situasi sebenar kejadian dan kepada pihak berkuasa untuk mengadili. Ini juga mungkin kerana faktor tekanan kehidupan dan kemurungan yang teruk melanda masyarakat era pandemik.

Kanak-kanak dan belia merupakan sebahagian daripada kategori anak muda (young people) yang perlu dilindungi, dididik dan diserlahkan bakat mereka oleh pemegang taruh pembangunan belia, pengamal kerja belia dan masyarakat secara amnya.

Dalam konsep ke-4 Dasar Belia Malaysia (DBM) jelas menyebutkan pembangunan belia adalah merentas pelaksana dan generasi bermakna seluruh masyarakat harus sama-sama membangun anak muda dan pembangunan menyeluruh seorang insan sejak usia kanak-kanak sehingga ke hari tua. Lebih spesifik DBM memperuntukkan untuk ‘menerima golongan kanak-kanak menjadi belia impian Negara’.

Mengambil semangat DBM dan kepentingan persiapan ‘period’ kanak-kanak sebelum memasuki dunia kebeliaan, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melebarkan aktivisme dan advokasinya kepada hal ehwal kanak-kanak. MBM terlibat dalam beberapa siri perbincangan dan kempen berkaitan isu dan hak kanak-kanak termasuk bersama Pesuruhjaya Kanak-Kanak Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sehingga kemuncaknya Ketua Junior MBM adik Azman ‘Azhim Roslan dilantik menjadi Timbalan Pengerusi Majlis Konsultasi Kanak-Kanak SUHAKAM.

MBM juga terlibat mendokong kempen ‘No Child Marriage’ yang secara umumnya memastikan hak kanak-kanak untuk pendidikan dan membina masa depan yang baik (kecuali sesetengah kes khas berkepentingan bagi membolehkan kanak-kanak berkahwin). Ini semua menggambarkan keutamaan yang diletakkan MBM untuk membina masa depan belia sejak era kanak-kanak lagi.

MBM juga terlibat mendokong kempen ‘No Child Marriage’ yang secara umumnya memastikan hak kanak-kanak untuk pendidikan dan membina masa depan yang baik (kecuali sesetengah kes khas berkepentingan bagi membolehkan kanak-kanak berkahwin). Ini semua menggambarkan keutamaan yang diletakkan MBM untuk membina masa depan belia sejak era kanak-kanak lagi.

Jumlah pegawai pelindung kanak-kanak harus terus diusaha untuk dipertingkatkan bagi melindungi kanak-kanak yang berjumlah sekitar 9.4 juta (2019). Kecaknaan dan peranan masyarakat kejiranan dipertingkatkan bagi membantu memantau sekiranya terdapat tanda-tanda atau simpton kes penderaan kanak-kanak di kawasan kejiranan untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Pemimpin belia, pengamal kerja belia dan pekerja belia juga wajar memainkan peranan menjadi pemantau dan pejuang bagi melindungi hak kanak-kanak apatah lagi perlindungan fizikal daripada didera dan dicederakan kerana mereka masa hadapan belia dan Negara kita. Masih banyak kerja kita.

Tekanan kehidupan dan kesihatan mental dek tekanan pandemik Covid-19 dan ekonomi wajar menginsafi kita agar terus memberikan bantuan dan sokongan dalam pelbagai bentuk bagi mengurangkan beban dan tekanan masyarakat.

Takziah keluarga adik Amir dan berehatlah adik Amir daripada kesengsaraan dunia!

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »