Home / Kenyataan Akhbar / MBM Memohon Agar Kerajaan Mengumumkan Inisiatif Menyeluruh Kepada Rakyat

MBM Memohon Agar Kerajaan Mengumumkan Inisiatif Menyeluruh Kepada Rakyat

Arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekali lagi di hampir keseluruhan negeri di Malaysia secara tidak langsung akan memberi kesan terutama kepada sektor perniagaan kecil dan sederhana dalam mengharungi Pandemik ini yang dilihat peningkatan kes mencatat kepada empat angka. Catatan harian kes dilihat semakin tinggi dan MBM percaya kemungkinan PKP akan disambung lagi di samping ura-ura menyatakan akan adanya sekatan penuh (lockdown) bagi membendung pandemik ini. Melihat kepada situasi ini MBM percaya bahawa untuk selesainya kes pandemik ini perlukan masa yang panjang dan dijangka memerlukan enam hingga tujuh bulan lagi.

Kita boleh melihat berdasarkan pengalaman terdahulu ketika PKP 1.0 yang mana ramai peniaga yang terpaksa gulung tikar selain ramai juga yang kehilangan pekerjaan. Di samping itu terdapat juga pekerja yang diarahkan bekerja dari rumah dan dipotong gaji hingga hampir separuh. Semestinya apa yang terjadi ini akan memberi kesan kepada kewangan semasa kepada semua rakyat yang terlibat. Kerajaan perlu memikirkan suatu inisiatif yang berkesan dalam membantu ekonomi masyarakat. MBM berterima kasih dan menyambut baik melalui pengumuman 22 inisiatif di bawah PERMAI (Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia).

Beberapa inisiatif di bawah PERMAI dilihat adalah kesinambungan kepada inisiatif terdahulu yang pernah diumumkan di bawah bantuan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN). MBM percaya bahawa kerajaan memang menitikberatkan soal ekonomi rakyat di ketika pandemik di samping Langkah-langkah untuk mengatasi kes jangkitan yang agak tinggi di ketika ini. MBM melihat inisiatif moratorium adalah langkah terbaik dalam membantu rakyat. Ini kerana melalui inisiatif ini, ia semestinya akan membantu rakyat dan akan meningkatkan aliran tunai kepada sektor ekonomi melalui lebihan wang yang ada.

Langkah ini juga akan menjadi lebih baik jika ia ditawarkan secara automatik kepada semua masyarakat kerana MBM percaya bahawa majoriti rakyat amat memerlukannya. lagipun berdasarkan pengalaman dahulu juga bahawa agensi perbankan juga tidak mengalami kerugian apabila ia ditawarkan. Sehubungan dengan itu, MBM memohon agar kerajaan dapat menawarkan semula inisiatif moratorium secara automatik. MBM juga memohon agar inisiatif potongan atau diskaun bagi bil utiliti turut dapat ditawarkan. Sedikit sebanyak inisiatif ini akan dapat membantu masyarakat kerana pastinya di musim PKP ini, rakyat berada lebih lama di rumah di samping norma baru dalam sektor Pendidikan melalui konsep Pengajaran dan Pembelajarn di Rumah (PdPR). MBM percaya bahawa pengumuman ini semestinya akan mengembirakan hati rakyat dalam menempuh cabaran yang perlu hadapi diketika ini di samping memberi peluang kepada mereka dalam merancang kewangan.

WAN MOHD HUSNI ABDULLAH

Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia

Tarikh : 26 Januari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »