Home / Artikel / Pendaratan Licin Kepemimpinan Belia Di Malaysia

Pendaratan Licin Kepemimpinan Belia Di Malaysia

Masihkah kita ingat dengan peristiwa Julai 2019 yang menyaksikan dua Rang Undang-Undang (RUU) diluluskan di Dewan Rakyat yakni rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun telahpun dibenarkan untuk mengundi. Satu peristiwa yang juga signifikan berlaku di dalam tahun 2021 adalah penukaran definisi belia dari 40 tahun ke 30 tahun berkuat kuasa keseluruhannya pada 31 Disember 2021.


Keputusan ini telahpun menerima pelbagai reaksi di dalam kepemimpinan belia di segenap peringkat. Antaranya adalah jumlah ahli dan pimpinan yang kini menjawat jawatan dalam pertubuhan belia masih lagi dalam lingkungan umur 30 tahun ke atas. Perubahan dasar secara drastik ini akan menjurus ke arah lumpuhnya organisasi yang tidak mempunyai lapisan kepimpinan yang solid.


Walau bagaimanapun, badan gabungan yang turut bernaung di bawah payung Majlis Belia Malaysia (MBM) seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) telahpun mempunyai barisan kepimpinan yang berumur di bawah usia 30 tahun dan ini merupakan amalan yang telahpun dipraktiskan berdekad lamanya.
Namun demikian, tak kurang juga desas-desus yang menyatakan polisi ini adalah sebagai menghukum beberapa pertubuhan belia yang dilihat mesra dengan parti pembangkang pada ketika itu. Alangkah ironinya tatkala kini individu yang menjuarai isu umur ini juga membawa panji muda bukan sekadar umur.


Dalam meniti lembaran awal tahun baharu 2021 ini, fokus utama yang menjadi titik temu setiap pertubuhan belia perlulah bergerak ke arah kaderisasi dan penyegaran barisan kepimpinan berumur 30 tahun ke bawah. Hal ini wajar memandangkan Dasar Belia Malaysia (DBM) yang diluncurkan pada tahun 2015 juga telahpun menetapkan perihal yang sama.


Diagnosis awal yang memperlihatkan kesukaran pendaratan licin (soft landing) kepimpinan belia ini adalah disebabkan keterlibatan di awal usia 18 tahun hingga habis umur belia 40 tahun. 22 tahun lamanya sesi bergelumang ini secara tidak langsung menyebabkan mana-mana individu berada di atas tapak selesa dan mula menghakmilik peribadikan mana-mana usaha milik organisasi. Lihat sahaja bagaimana perangai mantan perdana menteri yang memegang tampuk kuasa selama 22 tahun yang masih lagi mahu terus menakhoda kepimpinan negara.
Kini, telah 18 bulan kedua-dua RUU yang amat signifikan terhadap belia dan partisipasi di dalam organisasi dan demokrasi. Namun, tidak ada tekad politik yang serius di peringkat agensi, organisasi bahkan kementerian sekalipun untuk mendepani impak praktis ini terhadap pembangunan belia.


Jelas, kita hanya cenderung untuk melaksana perubahan teks dan bukan konteks belia secara keseluruhan. Jika Malaysia gagal untuk mempersiapkan pendaratan licin untuk menjadi pelampung kaderisasi kepada segerombolan mantan pemimpin pertubuhan belia yang sepatutnya berkecimpung di lapangan masyarakat dan komuniti, kita akan mengalami tragedi bakat yang melebam di setiap struktur.
Partisipasi aktif individu belia di dalam organisasi dan demokrasi adalah platform untuk menggilap bakat dan menuai bakti. Oleh yang demikian komitmen untuk menyediakan ekosistem yang membantu pendaratan licin transisi kepimpinan belia ini wajib disegerakan.

Antara aspek yang boleh diteladani di peringkat negara adalah melantik belia sebagai agen pembangun negara. Hal ini ditampilkan oleh negara maju seperti United Kingdom yang melibatkan belia dalam proses konstruktif untuk kesepaduan sosial, kemakmuran ekonomi dan kestabilan politik secara inklusif. Mencatut sebaris ayat “Youth is that period when a man is full of energy, ambitions and zest for life” antara terma fundamental yang menjurus ke arah pembentukan jati diri dan pelan jangka masa panjang yang tidak hanya menjurus kepada angka dan numerikal semata-mata.


Justeru, Ahli akademik, pembuat dasar, pemimpin belia dan setiap pemegang taruh yang terbabit secara langsung mahupun tidak langsung haruslah memperteguh ikhtiar dalam menyediakan landasan ini sebelum menjengah ke 31 Disember 2021.


‘Atiqah Syairah Shaharudin

Penolong Setiausaha Agung

Majlis Belia Malaysia
Bertarikh: 20 Januari 2021

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »