Home / Artikel / Terima kasih atas pelantikan sebagai Ketua Junior MBM

Terima kasih atas pelantikan sebagai Ketua Junior MBM

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Bin Joha kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk memimpin projek Junior MBM pada 26 Disember 2019.

Pelantikan ini memberi impak yang besar kepada saya kerana dengan pelantikan saya ini, saya lebih mengetahui hak-hak belia dan kanak-kanak di Malaysia, memberi pengalaman baharu kepada saya kerana menjalankan program #BeliaPrihatin yang mempunyai 260 peserta seluruh Malaysia dan lain-lain.

Walaupun terdapat banyak aktiviti-aktiviti yang saya bentangkan di Wisma MBM kepada Presiden MBM, aktiviti-aktiviti tersebut terpaksa dibatalkan oleh kerana wabak Covid-19 yang melanda dunia. Saya rasa bersalah dan kecewa kerana program Junior MBM tidak begitu memuaskan disebabkan pelajaran saya dan pandemik Covid-19 namun saya telah membuat yang terbaik kepada diri saya dan Junior MBM.

Saya cuba untuk mewar-warkan nama Junior MBM di media sosial dan telah berkolaborasi bersama dua organisasi iaitu Majlis Perwakilan Kanak-Kanak Cawangan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Youth Leads Tomorrow. Bersama organisasi tersebut, kami telah menjalankan program-program yang memberi manfaat kepada belia-belia seluruh Malaysia lebih-lebih lagi pelajar-pelajar sekolah menengah.

Akhirnya, saya sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Presiden MBM atas peluang dan ruang yang diberikan dalam menggerakkan projek Junior MBM selain menimba pengalaman sebagai pemimpin.

Disebabkan pelantikan saya sebagai Ketua Junior MBM ini juga, saya telah dianugerahkan Tokoh Kokurikulum SMK Taman Desa, Bandar Country Homes selain pelantikan sebagai Naib Presiden Majlis Konsultasi Kanak-Kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Jasa Presiden MBM akan saya kenang sampai bila-bila.

Azman ‘Azhim Roslan

Ketua Junior MBM

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »