Home / Kenyataan Akhbar / Akta Integriti Pilihan Raya dan Akta Pembiayaan Politik mampu pulihkan keyakinan demokrasi Negara

Akta Integriti Pilihan Raya dan Akta Pembiayaan Politik mampu pulihkan keyakinan demokrasi Negara

Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil mendokong kuat saranan dua tokoh masyarakat Datuk Seri Akhbar Satar, Presiden Persatuan Pemeriksa Fraud Bertauliah Malaysia dan Profesor Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) agar Kerajaan mempertimbangkan bahkan menyegerakan penggubalan Akta Integriti Pilihan Raya (AIP) dan Akta Pembiayaan Politik (APP) menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-15.

Kedua-dua akta ini diyakini mampu menangani gejala lompat parti yang menyebabkan ketidakstabilan politik dan memastikan ketelusan dalam pembiayaan dan derma politik sekaligus membasmi rasuah dan mengembalikan keyakinan kepada demokrasi negara yang dilihat semakin merosot khususnya dalam kalangan belia Malaysia.

MBM bimbang sekiranya ia tidak ditangani secara serius sebelum PRU ke-15, gerakan undi rosak dan gerakan berkecuali daripada turun mengundi akan mendapat momentum yang tinggi disebabkan kekecewaan kepada demokrasi yang diharapkan untuk membantu menyelesaikan masalah belia dan rakyat khususnya di era pandemik. Ia jelas merugikan masa depan demokrasi Negara.

Cadangan berkenaan penggubalan Akta Pembiayaan Politik misalnya telah pun lama dicadangkan bahkan MBM terlibat secara langsung dalam Jawatankuasa Nasional Mengenai Pembiayaan Politik 2016-2017 bagi mencadangkan regulasi pembiayaan politik.

Penggubalan kedua-dua akta ini memerlukan keazaman politik daripada ahli politik dan keazaman sosial daripada masyarakat sivil untuk melihat Malaysia yang lebih berintegriti, stabil dan makmur.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 24 Disember 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »