Home / Akhbar / PWS sasar bangunkan 500 usahawan baharu

PWS sasar bangunkan 500 usahawan baharu

SEMENYIH: Syarikat pengusaha hasil laut dan akuakultur, Public Wellbeing Solutions Sdn Bhd (PWS) menyasar untuk membangunkan 500 usahawan baharu tahun depan, yang terdiri daripada golongan belia, asnaf dan ibu tunggal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azwan Sabirin, berkata daripada jumlah itu, 300 daripada bakal usahawan disasarkan daripada golongan daripada belia manakala selebihnya asnaf dan ibu tunggal.

Bagi mencapai hasrat itu, PWS, katanya memperkenalkan jenama Jalur3 dengan menerapkan model perniagaan yang menyepadukan dan menyelaraskan aliran komoditi bekalan makanan industri asas tani.

“Penyepaduan ini akan membabitkan syarikat pengeluar, pengusaha dan pembekal secara menyeluruh dalam rantaian bekalan makanan negara.

“Tiga kelompok komoditi utama akan dipasarkan di bawah Jalur3 ini ialah hasil laut dan akuakultur, hasil ternakan lembu, ayam dan kambing serta sayur-sayuran dan buah-buahan.

“Usahawan yang berminat akan ditawarkan model perniagaan serendah RM3,000 sehingga RM18,000, yang mana pembiayaan boleh dibuat dengan bank tempatan yang kami sedang berunding ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara PWS dengan Majlis Belia Malaysia (MBM), wakil-wakil syarikat pengusaha dan Majlis Gabungan Pengerusi-pengerusi Penduduk PPR Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Dr Wasitah Mohd Yusof dan Presiden MBM, Jufitri Joha.

Mengulas lanjut, Azwan berkata, inisiatif Jalur3 ini berhasrat membentuk usaha sama perniagaan yang berkesan bagi menyalurkan komoditi makanan industri asas tani kepada masyarakat.

Katanya, matlamat itu disasarkan menerusi proses perniagaan yang berkesan dalam membentuk rangkaian pasaran menyeluruh melalui strategi pasaran mikro dan pembabitan usahawan belia serta pelbagai golongan usahawan dalam sektor penjualan runcit.

“Menerusi usaha sama ini, PWS merancang untuk menyalurkan komoditi makanan yang segar, berkualiti dan pada harga berdaya saing kepada masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Wasitah berkata, program Jalur3 selari dengan hasrat kerajaan yang mahu golongan belia terbabit dalam bidang keusahawanan sekali gus mencipta peluang pekerjaan.

“Langkah PWS mengetengahkan program yang kreatif seperti Jalur3 adalah satu inisiatif yang baik dan kami berharap ramai belia akan mengambil peluang ini untuk terbabit dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2020/12/768454/pws-sasar-bangunkan-500-usahawan-baharu?fbclid=IwAR2HzV5Y62V2yhS6rxOu9UmFhvQ59lf4yersUiS6rpQ2JXIrMJDnaK6uubY#.X-PxZD0VdFI.facebook

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »