Home / Kenyataan Akhbar / MBM Menggesa Dan Memohon Agar Inisiatif Moratorium Secara Automatik Diteruskan Dan Inisiatif I-Sinar Diberikan Kepada Semua Tanpa Syarat

MBM Menggesa Dan Memohon Agar Inisiatif Moratorium Secara Automatik Diteruskan Dan Inisiatif I-Sinar Diberikan Kepada Semua Tanpa Syarat

Sesungguhnya Pandemik Covid 19 memberi kesan yang mendalam kepada semua golongan masyarakat. Rakyat perlu mengamalkan norma baru tidak seperti kebiasaan. Majlis Belia Malaysia (MBM) percaya majoriti masyarakat terkesan dengan pandemik yang melanda di negara kita terutama dalam pengurusan ekonomi dan sumber kewangan.

Sehebat manapun kita, tidak ada seorangpun yang boleh menjangka dan meramal, bilakah pandemik ini akan berakhir selagi mana vaksin yang diperlukan ditemui dan tiba di negara ini.

Sehubungan dengan itu MBM memohon dan menggesa agar kerajaan dapat memberikan inisiatif moratorium secara automatik dan memberikan kemudahan pengeluaran i-Sinar KWSP tanpa syarat kepada semua golongan terutamanya kepada B40 dan M40. Kerajan perlu sedar bahawa semua masyarakat terkesan terutamanya yang melibatkan sumber kewangan dalam meneruskan kehidupan.

Sesungguhnya setiap kita tidak dapat menduga kehidupan dan realiti sebenar keadaan seseorang individu itu dalam menempuh cabaran dan dugaan ini.

Seperti contoh kehidupan di bandar, majoriti suami isteri adalah bekerjaya sama ada makan gaji atau bekerja sendiri. Kebanyakan mereka berbelanja berdasarkan kemampuan kewangan sedia ada tetapi jika salah seorang terjejas yang mana tiadanya bukti menyatakan sumber pendapatannya seperti pengasuh, perniagaan atas talian dan lain-lain. suami pula masih bekerja dan mendapat gaji seperti biasa yang mana dilihat seperti tidak terjejas. Kesulitan yang tidak dapat dibuktikan atas kertas yang mana tersiratnya dugaan dan cabaran yang terpaksa dilalui oleh keluarga ini.

Sehubungan itu, seharusnya kemudahan dan inisiatif ini ditawarkan tanpa menempuh proses prosedur birokrasi.

MBM percaya individu yang layak dan mendapat kemudahan ini bijak dalam menguruskan kewangan mereka walaupun di media sosial dimomokkan pelbagai usikan yang boleh dibuat apabila mendapat satu nilai amaun tersebut seperti membeli gajet, pergi bercuti dan sebagainya. Tetapi sekurangnya apabila kemudahan ini diberikan maka aliran tunai dalam negara akan sentiasa positif tanpa ada sekatan dan akan mengukuhkan ekonomi kita.

Sekali lagi, MBM memohon agar kerajaan dapat menawarkan inisiatif moratorium secara automatik dan melayakkan semua pencarum KWSP agar dapat kemudahan i-Sinar tanpa syarat. MBM percaya bahawa pengumuman ini akan mengembirakan hati rakyat dalam menempuh cabaran yang mereka perlu hadapi diketika ini.

Syed Osman Mohamed
Pengerusi, Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan
merangkap Exco Majlis Belia Malaysia

6 Disember 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »