MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia JCI Malaysia Malaysia Peringkat Kebangsaan bertajuk ” Jikalau Saya Jadi Perdana Menteri”

KUALA LUMPUR 13 Nov – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdri. Nurul-Huda Mohamed Afandi dan Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah mengadili Pertandingan Pidato Bahasa Malaysia Peringkat JCI Malaysia (Kebangsaan) sebagai juri mewakili MBM. Seramai 7 orang peserta telah menyertai pertandingan ini. Dalam masa yang sama, JCI Malaysia juga menganjurkan Pidato Bahasa Inggeris […]

MBM Sambut Baik Inisiatif Menteri Wilayah Persekutuan Dalam Membantu Rakyat Menjana Ekonomi

Majlis Belia Malaysia (MBM) berbesar hati dan amat berterima kasih kepada Tan Sri Annuar Musa selaku Menteri Wilayah Persekutuan yang telah mengumumkan inisiatif ‘Wilayah Bebas Berniaga’ yang akan bermula pada 15 November 2020 hingga 15 April 2021. Ia adalah sebagai satu inisiatif yang amat bermakna dan sangat bagus kepada rakyat khususnya kepada golongan belia di […]

PERBINCANGAN PICKSUM ONLINE MARKETING PLATFORM USAHAWAN BELIA

Pahang | 12 November 2020 – Sdri. Nurliyana Muhammad, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai perbincangan bersama pihak pengurusan PICKSUM, Encik Syafiq. Perbincangan menjurus kepada peluang memasarkan produk usahawan belia secara percuma di atas talian (online). MBM juga mencadangkan produk daripada usahawan OKU dan produk belia juga dibantu dengan diangkat ke ruang perniagaan atas […]

Mesyuarat membina kerjasama jangka panjang bersama bagi meringankan beban ekonomi belia Malaysia

KUALA LUMPUR 11 Nov – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kerjasama bersama Encik Nazri Chik, Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) dan team Pusat Kewangan Sosial BIMB. Mesyuarat telah bersetuju untuk membina kerjasama jangka panjang bersama bagi membantu meringankan beban ekonomi belia Malaysia. 4 projek awal “Belia Berniaga, Bertani dan Berkerjaya” […]

Translate »