Home / Akhbar / Desakan pantau jualan alat perangsang di online
PUTRAJAYA 27 NOVEMBER 2020 - Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha (kanan) menyerahkan surat gesaan kepada Pegawai Perhubungan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Zaaba Abu Bakar (tengah) mengenai tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan produk tembakau, permainan dan aksesori seks (sex toys) yang dijual secara terbuka dan berleluasa di pasaran di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Putrajaya, di sini, hari ini. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA PEMBERITA : SUBKHI (KOSMO)

Desakan pantau jualan alat perangsang di online

PUTRAJAYA – Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak kerajaan menjalankan siasatan terhadap peningkatan penjualan produk hasil tembakau, permainan dan aksesori alat perangsang yang diiklankan secara terbuka menerusi online.

Presiden MBM, Jufitri Joha berkata, peningkatan penjualan itu didakwa semakin berleluasa khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Beliau berkata, lambakan promosi dan jualan hasil tembakau, permainan serta aksesori seks secara online semakin bercambah seolah-olah tiada undang-undang diperketat bagi mengawal aktiviti ini.

Menurutnya, MBM merasakan individu dan syarikat pengeluar produk-produk terlarang itu semakin berani mempromosikan produk mereka jika tiada sebarang tindakan tegas diambil.

“Perkara ini akan menyebabkan pembelian dalam kalangan belia tidak terkawal seterusnya menyumbang peningkatan masalah sosial dan kes jenayah seksual khususnya melibatkan kanak-kanak.

“Kami bimbang jika masalah ini tidak ditangani segera boleh mengundang musibah lebih besar kerana sesiapa sahaja yang memiliki telefon pintar boleh mengakses promosi dan jualan produk-produk ini termasuklah kanak-kanak bawah umur,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum menggesa tindakan penguatkuasaan larangan promosi dan penjualan produk tembakau dan permainan seks dalam talian kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di sini hari ini.

Hadir mewakili kementerian menerima memorandum berkenaan ialah Ketua Komunikasi Korporat KPDNHEP, Yunus Tasim.

Artikel penuh:

Desakan pantau jualan alat perangsang di online

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »