Home / Artikel / Cerminan Karaktrerisasi Kenegaraan Golongan Belia Zaman Kini

Cerminan Karaktrerisasi Kenegaraan Golongan Belia Zaman Kini

Oleh:

Sivanesan Tamil Selvam

Felo Penyelidik Majlis Belia Malaysia

Golongan belia lebih proaktif dalam pembangunan kendiri supaya pendiriannya dapat didengari oleh pihak yang berkuasa. Ramai yang ingat golongan belia di negara ini adalah mentah dan tidak ada “self belonging” terhadap sesuatu perkara.

Sejarah membuktikan bahawa kuasa dan suara belia amat besar pengaruhnya sebagai contohnya dalam proses menuntut kemerdekaan, generasi muda terdahulu berjaya membangkitkan semangat nasionalisme dan juga patriotisme melawan penjajahan British.

Ideologi dan juga perndapat generasi muda yang mewakili golongan ilmuan mampu mendekati hati dan didengari oleh rakyat. Ini menjadi sumber bukti untuk memperkukuhkan hipotesis di mana genarasi muda mampu menjadi pencetus “Initiator” ideologi-ideologi yang dapat melahirkan semangat baru. Walaupun abad berlalu namun peranan dan juga tanggungjawab golongan belia masih kekal nyata sehingga kini.

Golongan Belia Tidak Menghayati Nilai Kemerdekaan?

Ramai yang kurang faham serta salah tafsir, bezanya belia terdahulu dan kini. Dahulu perjuangan golongan belia adalah untuk menuntut kemerdekaan, kini pula mereka bertanggungjawab mengekalkan kemerdekaan serta mengisi erti sebenar kemerdekaan. Penghayatan kemerdekaan tanpa mengubah maksud asal kemerdekaan juga adalah kewajiban golongan muda masa kini.

Walaupun terdapat pelbagai cara dalam meluahkan makna kemerdekaan, namun usaha pembentukan satu negara yang maju dan terbilang masih menjadi matlamat yang satu sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030.

Konsep demokrasi menjadi asas dengan menerima suara rakyat salam menentukan tampuk pemerintahaan negara. Menurut Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) pada suku tahun kedua- 2018  seramai 15 Juta orang muda populasi belia negara. Potensi mereka adalah amat besar untuk menerajui Negara.

Malangnya “political fraction” percambahan dari segi ideologi politik menjadi medan penghalang   untuk mendapat input bagi pembangunan negara. Idea-idea berterusan daripada golongan belia adalah penting bagi membantu kerajaan dalam melaksanakan dasar dan perancangan untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Keberkesanan & Kebolehanlaksanaan (Feasibility)

Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) menjadi medan perbahasan serta platform yang membolehkan belia menyuarakan hak, pendapat, idea, pengetahuan dan tindakan.

Sewaktu penubuhan, Tun Abdul Razak Husein menyatakan bahawa MPBN merupakan sebuah ‘Parlimen Belia’. Belia bersidang untuk menentukan dan membincangkan haknya sendiri. Ini membuktikan terdapat saluran yang boleh digunakan oleh belia untuk meluahkan pendapat mereka. Setelah masa beredar pada tahun 2015 Kementerian Belia dan Sukan mewujudkan program Parlimen Belia Malaysia bagi melahirkan lebih ramai pemimpin belia yang berkualiti.

Pembangunan teknologi membolehkan medan maya diwujudkan bagi membincangkan atau berbahas mengenai isu-isu yang mampu dapat input yang lebih baik daripada golongan belia, antara contohnya adalah Program Parlimen Belia Malaysia yang dianjurkan oleh Undi18  adalah cetusan baru yang berupaya membantu golongan belia menyuarakan hak mereka. Perbincangan dan diskusi yang dilahirkan dapat digunakan sebagai sandaran dan iktibar oleh pelbagai pihak.

Hakikatnya golongan belia tidak memerlukan pengiktirafan yang tinggi. Walau bagaimanapun mereka mahukan suaranya didengari. Semoga percambahan minda yang bernas yang datang daripada generasi muda berupaya membantu meningkatkan kemajuan negara.

Bertarikh : 30 Oktober 2020

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »