Home / Berita / Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Zon Selatan

Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS Majlis Belia Malaysia (MBM) Zon Selatan

Johor Bahru | 30 September – Program Latihan Kemahiran Kebolehpasaran Kerja PROKENS MBM telah berjaya dilaksanakan bagi peringkat Zon Selatan bertempat di Hotel Seri Malaysia, Johor Bahru. Peserta telah selesai mengikuti program ini bermula 25 hingga 30 September 2020.

Hari pertama program bermula dengan pendaftaran, taklimat, sesi pengenalan diri peserta dan slot pembangunan diri. Antara slot yang dilaksanakan hari kedua adalah, kerja berpasukan, kepimpinan, berfikiran kreatif, penyeselaian masalah, serta berakhir dengan slot refliksi dan rancangan tindakan. Seterusnya, hari ketiga adalah, cara mendapatkan kerja, kemahiran membuat resume, literasi kewangan, cara menghadiri temuduga dan komunikasi berkesan. Slot terus berlangsung pada hari keempat dengan kemahiran keusahawanan digital dan aktiviti pembentangan projek. Selain itu, pada hari kelima telah diadakan sesi perkongsian daripada Johor Corporation (JCorp) yang dihadiri oleh Tuan Haji Amran Zakaria, Pengurus Besar, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan bersama pegawai – pegawai JCorp. Turut diadakan sesi perkongsian daripada Pengarah Urusan Skala Reka Sdn Bhd yang dihadiri oleh Encik Johan Arifin Mohd Ropi.

Tuan Haji Salleheen Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) telah hadir menyampaikan ucapan penutup bagi Zon Selatan. Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah juga turut hadir dalam majlis penutup. Hadir sama pimpinan MBNJ dan Majlis Belia Daerah Johor Bahru (MBDJB). Turut menyampaikan ucapan adalah wakil peserta PROKENS.

MBM dan MBNJ mengucapkan tahniah kepada para peserta kerana telah berjaya menamatkan latihan ini selama enam hari dengan pelbagai slot yang disediakan. Semoga dengan ruang latihan yang diberikan dapat dimanfaat sebaik mungkin dalam bidang kerjaya yang diceburi serta dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Maklumat pengisian program:

https://www.facebook.com/741355965891916/posts/3958979567462857/

https://www.facebook.com/741355965891916/posts/3962281883799292/

https://www.facebook.com/741355965891916/posts/3965764076784406/

https://www.facebook.com/741355965891916/posts/3968929929801154/

https://www.facebook.com/741355965891916/posts/3972333382794142/

About syazwan

Leave a Reply