Home / Berita / RELAWAN MBM DAN MVM AGIH 100 PEK MAKANAN DI FLAT KG. PADANG TITIWANGSA

RELAWAN MBM DAN MVM AGIH 100 PEK MAKANAN DI FLAT KG. PADANG TITIWANGSA

KUALA LUMPUR 22 April – Relawan MBM dan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) telah mengagihkan bantuan pek makanan dibawah kempen Relief for Unsung Heroes and The Needy di Kg. Padang Titiwangsa.

Program ini turut dihadiri YB Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang menyampaikan bantuan kepada penduduk.

Sebanyak 100 pek asas makanan dan penutup muka diedarkan kepada 100 keluarga terdiri golongan OKU, Komuniti B40 dan warga emas.

Hadir sama menyampaikan bantuan ini ialah Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Encik Mohammad Fauzan, Ketua Pegawai Eksekutif MVM, Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi Exco MBM dan Sdr. Mohamed Nasser Mohamed Presiden Majlis Belia Wilayah Kuala Lumpur (MBWP).

Khidmat Mobilisasi Relawan MBM ini dibawakan dengan kerjasama MVM, MBWP dan Majlis Belia Kawasan Titiwangsa dengan dibantu pihak RELA Wilayah Persekutuan.

Image may contain: one or more people and people standing
Image may contain: one or more people and people standing
Image may contain: one or more people, people standing and outdoor
Image may contain: 2 people, outdoor
Image may contain: 1 person, standing
Image may contain: 2 people, indoor

About syazwan