Home / Berita / MBM-KUIS: KUNJUNG HORMAT JALINAN KERJASAMA

MBM-KUIS: KUNJUNG HORMAT JALINAN KERJASAMA

Bandar Seri Putera, 7 Januari 2020 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjung hormat buat pertama kali ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pada tahun ini. Delegasi MBM diketuai oleh Muhamad Hanapi bin Jamaludin dengan disertai oleh The World Assembly of Muslim Youth (WAMY), Malaysia-Turkish Cultural Association (MTCA) dan District 90 Studio. Delegasi KUIS pula diketuai Prof. Dato’ Dr. Ab. Halim Tamuri selaku Rektor KUIS dengan dibantu oleh Dr. Mohamad Syukri Abdul Rahman selaku Timbalan Rektor (Pembangunan Mahasiswa dan Alumni) KUIS.

Hasil perbincangan MBM-KUIS ini telah berjaya mencapai beberapa keputusan penting, antaranya cadangan MBM untuk membawa KUIS dalam kerjasama penghasilan filem “Pemuda Bayangan Hijrah” telah diterima oleh Rektor KUIS. Kerjasama ini menyaksikan Rektor KUIS menawarkan fasiliti, tenaga pakar dan sukarelawan mahasiswa dari KUIS untuk membantu menjayakan projek filem ini.

Cadangan rakan strategik MBM iaitu WAMY untuk mengadakan pelancaran sukarelawan WAMY Malaysia di KUIS juga disambut baik oleh Rektor KUIS, fasiliti dan sumber manusia dari KUIS ditawarkan untuk dimanfaatkan oleh MBM dan WAMY bagi menjayakan majlis pelancaran sukarelawan berkenaan. Cadangan satu lagi rakan strategik MBM iaitu MTCA untuk bekerjasama dengan persatuan pelajar di KUIS bagi menggerakkan sesi pembelajaran Risalah An-Nur di KUIS juga disambut baik oleh Rektor KUIS, cadangan ini adalah selaras dengan perancangan KUIS untuk memulakan pembelajaran tafsir di KUIS menggunakan Risalah An-Nur menjelang tahun 2020.

MOHD. FAUZI B FADZIL

Felo Penyelidik, Pejabat Presiden, Majlis Belia Malaysia.

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »