MAJLIS BELIA MALAYSIA

SAMBUTAN JUBLI PERAK MAJLIS BELIA DAERAH LARUT MATANG

TAIPING 22 Disember – Sdr. Ahmad Shah Mohamad Salleh, Exco Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Sambutan Jubli Perak Majlis Belia Daerah Larut Matang mewakili Presiden MBM. Beliau diberi kesempatan dalam majlis penutup untuk menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah. Pelbagai program diadakan sepanjang sambutan berlangsung antaranya Kayuhan 25 Tahun, Kumpulan Sokongan Belia Prihatin, Sambutan Hari […]

PROGRAM KUMPULAN SOKONGAN BELIA PRIHATIN SEMPENA DENGAN SAMBUTAN HARI AIDS SEDUNIA 2019

KAMUNTING 22 Disember – Seramai 30 orang peserta telah menyertai Program Kumpulan Sokongan Belia Prihatin sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia 2019. Peserta-peserta telah diberi penerangan berkaitan HIV/AIDS oleh Dr Asraf Ahmad b Qamruddin, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan seterusnya melaksanakan aktiviti berkumpulan bagi meningkatkan kesedaran awam tentang HIV/AIDS. Sambutan ini digerakkan oleh Majlis Belia Malaysia […]

MBM gesa semua syarikat lebih sensitif hasil iklan

SHAH ALAM – Majlis Belia Malaysia (MBM) meminta semua pihak termasuk syarikat-syarikat pengeluar produk agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan pembuatan iklan. Naib Presidennya, Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz berkata, pihaknya bagaimanapun memuji tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mengambil tindakan menarik balik papan iklan berunsur lucah tersebut, yang heboh diperkatakan di media arus […]

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM MOBILE SCHOOL UNIT YAYASAN BINA KESEJAHTERAAN

SUBANG 21 Disember – Majlis Perasmian Penutup Program Mobile School Unit Yayasan Bina Kesejahteraan – YBCare anjuran bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan JPPPL FPP Universiti Putra Malaysia telah berlangsung di PPR Lembah Subang. Program ini adalah dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM), Sukarelawan JKM PPR Lembah Subang dan Persatuan Penduduk PPR Lembah Subang. Sdr. […]

Translate »