MAJLIS BELIA MALAYSIA

DIALOG BERSAMA STAF-STAF KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN, INSTITUT SUKAN NEGARA DAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN SELURUH NEGARA

KUALA PILAH 6 November – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha berdialog bersama staf-staf terpilih daripada Kementerian Belia dan Sukan, Institut Sukan Negara dan pejabat belia dan sukan dari seluruh Negara. Program ini adalah dalam kerangkan latihan untuk peningkatan kemahiran dan dikendalikan oleh team MyCorps. Pelbagai isu dibangkitkan dan dicadangkan termasuk hubungan KBS […]

PRESIDEN MBM BERKONGSI KEPENTINGAN BUDAYA ILMU BERSAMA MAHASISWA

SEREMBAN 6 November – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah menghadiri dan berkongsi pengisian tentang budaya ilmu bersama pelajar-pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Seremban. Dalam perkongsiaan tersebut, beliau menggesa pelajar-pelajar mengamalkan budaya ilmu dengan bersahabat dengan buku. Beliau turut memperkenalkan MBM kepada mereka.

SIDANG MEJA BULAT PEKERJAAN MEDIA ANJURAN REFSA DAN JEFFREY CHEAH INSTITUTE ON SOUTHEAST ASIA

PETALING JAYA 6 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) diwakili oleh Presidennya, Sdr. Jufitri Joha dan Exco MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali telah menghadiri Sidang Meja Bulat Pekerjaan Media yang dianjurkan oleh REFSA dan Jeffrey Cheah Institute on Southeast Asia. Perbincangan tertutup yang berprofil tinggi ini menghimpunkan beberapa orang menteri berkaitan, para cendekiawan, pembuat dasar, […]

KURSUS KEPIMPINAN MUDA CUEPACS

KOTA BHARU 6 November – Setiausaha Agung Majlis Bela Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir menyampaikan ceramah motivasi kepada peserta-peserta Kursus Kepimpinan Muda Cuepacs Malaysia yang berlangsung di Hotel Al-Ansar di sini. Program ini dirasmikan oleh Presiden CEUPACS, Datuk Haji Azih Muda. Turut hadir sama kepimpinan Majlis Belia Kelantan.

Translate »