Home / Akhbar / MBM gesa Dong Jiao Zong batalkan kongres

MBM gesa Dong Jiao Zong batalkan kongres

KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) mendesak Dong Jiao Zong membatalkan hasrat mereka dalam menganjurkan kongres menolak pengenalan tulisan jawi dalam buku teks sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Naib Presiden MBM, Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, berkata sekiranya Dong Jiao Zong ikhlas untuk menyelesaikan polemik itu menerusi satu dialog, sewajarnya perhimpunan yang dirancang pada esok itu dibatalkan.

Katanya, tindakan mengadakan kongres menolak tulisan jawi hanya membangkitkan perasaan marah dan tidak senang pihak lain dan mencetuskan ganggu gugat keamanan dan kestabilan negara ini.

“MBM sekali lagi mengulangi sokongan kepada pengenalan jawi di sekolah yang sebagai langkah memperkenal kebudayaan dan ketamadunan Malaysia kepada masyarakat berbilang bangsa di negara ini.

“Tulisan jawi satu bukti ketinggian ketamadunan yang seharusnya bukan saja dibanggakan oleh masyarakat Melayu semata-mata, bahkan seluruh masyarakat negara ini. Ia juga selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang jelas menetapkan kebudayaan Melayu teras kepada kebudayaan negara ini, serta Islam sebagai unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

“Justeru itu MBM menyeru Dong Jiao Zong untuk membatalkan hasrat mereka untuk menganjurkan perhimpunan menolak jawi dan sekiranya berdegil, agensi kerajaan mesti bertindak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

MBM turut menegaskan dialog yang berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara resipi kepada sebarang penyelesaian konflik dan perpaduan,” katanya.

Sebelum ini, Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) setuju supaya isu pengenalan pembelajaran tulisan jawi di sekolah vernakular diselesaikan melalui dialog.

Kedua-dua persatuan itu mengakui bersedia mengadakan perbincangan dengan semua pihak termasuk Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik bagi menyelesaikan isu itu sebelum atau selepas 28 Disember ini.

Bagaimanapun, mereka tidak menyatakan sama ada kongres tertutup bagi membincangkan isu pembelajaran jawi yang dijadualkan berlangsung esok akan diteruskan atau tidak.

Artikel penuh: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/12/641828/mbm-gesa-dong-jiao-zong-batalkan-kongres

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »