Home / Kenyataan Akhbar / ISU TULISAN JAWI: BATALKAN PERHIMPUNAN, UTAMAKAN PERUNDINGAN

ISU TULISAN JAWI: BATALKAN PERHIMPUNAN, UTAMAKAN PERUNDINGAN

Majlis Belia Malaysia (MBM) merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Ziao Jong) pada 24 Disember 2019 yang mana merupakan respon kepada gesaan pelbagai pihak untuk membatalkan perhimpunan untuk membantah pengenalan tulisan jawi di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 

Dong Jiao Zong di dalam kenyataannya menyatakan bahawa mereka mengalu-alukan untuk menyelesaikan polemik tulisan Jawi dengan mengadakan sesi dialog dan juga menyatakan bahawa mereka menghormati kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Dan sekiranya Dong Jiao Zao benar-benar ikhlas sepertimana yang dinyatakan di dalam kenyataan tersebut, maka sewajarnya perhimpunan yang dirancang pada esok hari dibatalkan dengan serta merta. Tindakan mengadakan perhimpunan menolak tulisan Jawi hanya membangkitkan perasaan marah dan tidak senang pihak lain dan mencetuskan ganggu gugat keamanan dan kestabilan negara ini.

MBM sekali lagi mengulangi sokongan kepada pengenalan jawi di sekolah yang mana salah satu langkah memperkenalkan kebudayaan dan ketamadunan Malaysia kepada masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Tulisan Jawi adalah satu bukti ketinggian ketamadunan yang seharusnya bukan sahaja dibanggakan oleh masyarakat Melayu semata-mata, bahkan seluruh masyarakat negara ini. Ia juga selaras dengan Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang jelas menetapkan bahawa kebudayaan Melayu adalah teras kepada kebudayaan negara ini, serta Islam sebagai unsur penting di dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

MBM mengambil kesempatan untuk memperingatkan semua pihak yang masih menangguk di air keruh dengan mengatakan bahawa pelajaran tulisan Jawi sebagai bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan, untuk menghormati penghakiman yang telah dikeluarkan oleh YA Amerjeet Singh, Pesuruhjaya Kehakiman, Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di dalam Domonic Lau Hoe Chai melawan Kementerian Pendidikan dan Kerajaan Malaysia, [2019] 1 LNS 1839, yang mana telah memutuskan bahawa tulisan jawi adalah sebahagian daripada tulisan di dalam Bahasa Melayu  sepertimana terkandung di dalam Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan.

Maka hujah yang menyatakan pengajaran tulisan Jawi adalah tidak berperlembagaan dan bersifat memaksa adalah satu hujah yang tidak lagi sah dan tidak lagi boleh dipakai. 

Sekali lagi MBM menyeru Dong Jiao Zong untuk membatalkan hasrat mereka untuk menganjurkan perhimpunan menolak Jawi dan sekiranya berdegil, Kementerian Pendidikan Malaysia (KKM) seharusnya tidak teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya kepada pertubuhan ini, kerana rundingan demi rundingan, malah kompromi sudah diambil oleh Kementerian, namun mereka tetap berdegil. 

MBM sekali menegaskan bahawa dialog dan berpegang kepada Perlembagaan dan dasar negara adalah resepi kepada sebarang penyelesaian konflik dan perpaduan.

Perpaduan dan kepentingan ramai rakyat Malaysia seharusnya dijadikan keutamaan Kementerian Pendidikan, bukan pihak yang berkepentingan.

MOHD IZZAT AFIFI ABDUL HAMID

Naib Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 27 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »