Home / Kenyataan Akhbar / PIHAK BERWAJIB PERLU AMBIL SERIUS TERHADAP KANDUNGAN PAPAN IKLAN

PIHAK BERWAJIB PERLU AMBIL SERIUS TERHADAP KANDUNGAN PAPAN IKLAN

Heboh di media arus perdana mahupun media sosial mengenai papan iklan yang didakwa berunsur lucah dipapar secara terbuka di sekitar kawasan Bangsar dan Bukit Kiara baru-baru ini. Iklan yang mempromosikan sebuah aplikasi mencari pasangan dinamakan sebagai SugarBook itu dikecam masyarakat dan desakan untuk papan iklan tersebut diturunkan telah berjaya mendapat perhatian pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Syabas diucapkan kepada pihak DBKL yang mengambil tindakan menarik balik papan iklan tersebut.

Walaubagaimanapun, MBM menzahirkan rasa kesal dengan kejadian sebegini yang sepatutnya mendapat pengawalan pihak berwajib terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). MBM maklum akan kelulusan tidak diberikan pada papan iklan tersebut. Namun, bagaimana iklan yang tidak diluluskan masih boleh bebas dipaparkan kepada orang awam? Persoalan susulan, adakah terdapat papan-papan iklan lain yang tidak diluluskan tetapi masih bebas dipapar secara terbuka kepada orang awam?

Hal ini kerana melalui tinjauan secara rawak, terdapat beberapa lagi papan iklan yang disifatkan bertentangan dengan nilai agama dan adat ketimuran. Sebagai contoh, iklan seorang wanita yang hanya memakai celana dalam yang dipapar di dalam KLIA 2. Selain itu, terdapat juga papan iklan di kawasan Sungai Besi – sebelum memasuki Lebuhraya Plus, menggambarkan seseorang yang sedang makan dalam keadaan tidak beradab.

MBM menganggap perkara ini amat serius dan berharap pihak berwajib dapat membuat pengawalan yang lebih ketat dalam melakukan pemantauan bagi memelihara akhlak anak muda yang bakal mewarisi adat dan budaya kita. MBM juga menyeru agar semua pihak termasuk syarikat-syarikat pengeluar produk agar lebih sensitif dalam menghasilkan kandungan pembuatan iklan. Iklan yang berunsur lucah tidak relevan di negara ini kerana kekuatan rakyat Malaysia yang masih berpegang kuat kepada Rukun Negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

MUHAMMAD SHERHAN NIZAM ABDUL AZIZ
Naib Presiden
Majlis Belia Malaysia

Bertarikh: 19 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »