Home / Kenyataan Akhbar / MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MENYOKONG SERUAN MENTERI SEMPENA HARI HAK ASASI ANTARABANGSA

MAJLIS BELIA MALAYSIA (MBM) MENYOKONG SERUAN MENTERI SEMPENA HARI HAK ASASI ANTARABANGSA

Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong sepenuhnya kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang menyeru belia di Malaysia memanfaatkan peluang yang dilaksanakan oleh kerajaan untuk menjadi ejen pembina perubahan dalam era Malaysia Baharu. Pandangan golongan belia tentang isu hak asasi manusia sepanjang tahun menurut beliau adalah bukti bahawa kita telah menjadi pemacu utama transformasi politik, ekonomi dan sosial. Mengupaya belia mengambil bahagian dalam kehidupan masyarakat amat penting bagi kerajaan dalam usaha mewujudkan agenda hak asasi manusia yang lebih inklusif.

Merujuk kepada kenyataan menteri bahawasanya belia-belia Malaysia telah membuktikan kebolehan untuk menjadi pemimpin besar di masa hadapan, ini adalah salah satu bentuk kepimpinan melalui tauladan yang perlu dicontohi oleh menteri lain dan pimpinan negara. Di kala kita mahu memastikan belia sebagai aset yang membawa aspirasi negara dalam menjayakan Wawasan Kemakmuran Bersama, harus wujud kepercayaan dan semangat inklusif antara semua entiti.

Yang Berhormat Menteri turut menyatakan, sebagai pemacu pergerakan di peringkat akar umbi, belia telah menyumbang secara positif untuk perubahan dan telah menunjukkan keupayaan mereka dalam membawa idea dan penyelesaian yang segar. Hal ini selari dengan semangat anak muda yang jelas mahu terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam inisiatif-inisiatif yang dilaksanakan kerajaan.

Tambahan pula, kami sangat terpanggil untuk mendokong seruan sebagai golongan belia Malaysia yang berdiri teguh demi hak asasi manusia, menolak perkauman, kebencian, buli, diskriminasi dan mewujudkan peluang yang saksama dan wajar untuk setiap masyarakat di negara ini.

Ayuh Belia Malaysia, kita realisasikan hak asasi manusia sebagai belia yang proaktif dan mencintai perpaduan!

HARIDASS RAMASAMY

BENDAHARI KEHORMAT

MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 11 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »