Home / Kenyataan Akhbar / MAJLIS BELIA MALAYSIA SERU PARA BELIA DAN RAKYAT SERIUS PERANGI RASUAH

MAJLIS BELIA MALAYSIA SERU PARA BELIA DAN RAKYAT SERIUS PERANGI RASUAH

Sabtu, 7 Disember 2019 yang lalu Majlis Belia Malaysia (MBM) dan beberapa badan gabungan MBM serta pertubuhan masyarakat madani (NGO) telah menyambut Hari Anti Rasuah Antarabangsa (HARA) 2019 kelolaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pasar Presint 8 Putrajaya dan di beberapa buah negeri seperti Wilayah Persekutuan, Pahang dan Terengganu.

Ini merupakan komitmen dan iltizam berterusan MBM membantu SPRM untuk memerangi rasuah yang menjadi ibu kepada banyak jenayah yang berlaku dalam negara ini. Sementelah Ketua Pesuruhjaya SPRM, Puan Latheefa Koya telah mendedahkan pada tahun 2019 separuh daripada kes rasuah di negara ini membabitkan penjawat awam dan golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.

53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan SPRM bagi tempoh dari 2014 hingga Jun tahun ini adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah.

Atas kesedaran yang tinggi dan tidak mahu hanya berkempen secara ceremonial semata-mata, maka MBM dengan tegas menyeru dan merayu agar para belia dan rakyat Malaysia bersungguh-sungguh memerangi rasuah sebagai sebuah komitmen untuk menjadi rakyat sebuah negara maju dan memelihara masa depan yang baik untuk generasi muda.

MBM menyambut baik sebarang usaha pencegahan melalui undang-undang dan tatakelola yang baik termasuk cadangan SPRM menempatkan pegawai kanan SPRM di pejabat Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi memperkukuhkan amalan integriti dan mencegah rasuah.

MBM juga menggesa peranan Institut Integriti Malaysia (IIM) diperkukuhkan semula tatkala dilihat suram atas sebab-sebab yang tidak dapat dipastikan.

Pesanan MBM kepada para belia agar meningkatkan iltizam memperkukuhkan integriti, mengamalkan gaya hidup sederhana, qanaah (cukup dengan apa yang ada) dan minimalist serta mendidik diri agar jijik dengan rasuah yang boleh merosakkan negara dan masa depan generasi muda.

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia

Bertarikh : 10 Disember 2019

About syazwan

Leave a Reply

スーパーコピー財布 スーパーコピー時計 スーパーコピーブランド cheap valentino

Translate »